Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman by Muhd Kamil Ibrahim

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman by Muhd Kamil Ibrahim from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: Religion
ISBN: 978-967-366-181-7
File Size: 2.46 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia. Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada Penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada persoalan yang merunsingkan. buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka. Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyakarat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang tersendiri. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.

Reviews

buku terbaik
by NORIZAYANI IBRAHIM on November 16, 2016

buku terbaik yang wajib dibaca oleh semua muslim

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman.
by Nur Zulaikha Binti Nor Faiezul on April 04, 2020

Saya amat menyarankan buku ini kerana buku ini bukan sahaja menceritakan tentang ibadah haji namun terdapat kisah penghijrahan Tuan Kamil sendiri. Dari yang tidak tahu membaca Al-Quran tetapi sebab hidayah Allah dia mampu khatam Al-Quran serta tafsir di Tanah Suci. Allahu Akbar! Kuasa Allah. Sesiapa ingin membaca buku motivasi islamiah, ini adalah bukunya. Review penuh di Instagram: zulaikhafaiezul

Travelog haji
by Ropiah Jaafar on May 14, 2021

Terbaik, penceritaan yang mudah di faham. Boleh dijadikan panduan untuk mengerjakan haji.

Hajj 1445H
by NABILA ABDUL RAZAK on June 14, 2023

A very good reading

Write your review

Recommended