The 16th Song by David Powell

The 16th Song by David Powell from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Title: The 16th Song
Author: David Powell
Category: General Novel
ISBN: B00B7BR8EW
File Size: 0.89 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Lagu ke-16 – Edisi Bahasa Inggeris Peter Daniels, seorang komposer dan pemain piano berbakat, meninggalkan tunangnya yang jelita di Britain dan keseorangan di Paris pada 1950an yang bergolak apabila Marie Gautier, penterjemah yang menawan, dan Jean-Claude – teman lelakinya yang berkarisma dan seorang peguam muda yang radikal – bersahabat dengannya. Berkelakuan sebagai lelaki kelas atasan di kalangan pendatang haram dan ahli politik bersayap kiri membantu Jean-Claude mencari pekerjaan untuk Peter, menggantikan pemain piano dari America yang cedera di tangan dalam pergaduhan di kelab jazz. Apabila lelaki itu dihantar pulang, Peter berpindah ke pangsapurinya dan menemukan seberkas kertas mengandungi muzik yang hebat tetapi tidak diterbitkan. Apabila Peter mendapat tahu yang lelaki tersebut membunuh diri di dalam penjara Amerika Syarikat, muzik tersebut menjadi kedua-dua khazanah dan rahsianya. Tidak lama selepas kuasa-kuasa politik dan jenayah yang Jean-Claude tentangi memuncak dalam rusuhan yang dahsyat di Paris, Peter dan Marie dikejar oleh polis, memusnahkan hubungan mereka yang baru bertunas dan memaksa Peter lari pulang ke England dan kehidupannya bersama Hannah, teman wanita zaman pelajarnya. Khazanah muzik sulit Peter membawakannya kemewahan besar dan Hannah menjadi isterinya, tetapi rasa bersalah menjadikannya seorang perahsia dan penyendiri. Namun begitu, muzik bertindak sebagai penghubung ke masa silam dan tidak kira apa yang dilakukan, dia tidak dapat mengelakkan perhatian yang dibawakannya. Peter menyedari yang masa silam mengawal kehidupannya dan kerahsiaannya membawa bersama masalah lain. Tetapi adakah masa silam akan merosakkannya dan perkahwinannya sebelum dia boleh membuktikan nilai sebenarnya sebagai pemuzik? * Penulis telah menulis banyak pementasan untuk BBC Wales; ini adalah novel pertama beliau.

Reviews

Write your review

Recommended