Sejarah China Moden by Suffian Mansor

Sejarah China Moden by Suffian Mansor from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Suffian Mansor
Category: History
ISBN: 978-983-100-905-5
File Size: 3.87 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Buku ini menekankan sejarah pembinaan negara China Moden yang menghadapi pelbagai cabaran sejak kekalahan pada Perang Candu. Kuasa asing khususnya British meminta dan mendesak China menerima tuntutan mereka untuk membuka China bukan sahaja untuk pasaran bebas tetapi juga hubungan diplomatik dan kegiatan mubaligh Kristian

Reviews

Sebab kemerosotan dinasti qing.
by Balqis on October 27, 2020

Empayar Qing bermula pada sekitar 1644 sehingga 1912. Pada pandangan saya pada awalnya pemerintahan dinasti ini daripada suku kaum puak han. Mereka ini adalah golongan minoriti yang menetap dalam wilayah manchuria. Dinasti ini turut dikenali sebagai dinasti manchu. Asal daripada empayar ini bermula dengan salah seorang putera Nurachi iaitu Huang Tai Ji dan memulakan peperangan siri pemberontakan untuk menggulingkan dinasti Ming sebelum ini. Kejayaan ini telah membuka lembaran baru kepada dinasti Qing dalam mentadbir negara tersebut dan beberapa wilayah-wilayah jajahannya. Sehubungan dengan itu semasa kecemerlangan dinasti qing ini telah berjaya melahirkan beberapa kaisar atau pahlawan-pahlawan yang handal dalam peperangan. Mereka inilah punca kepada kekuatan dinasti qing. Kejayaan ini adalah satu faktor yang dinasti qing telah mendapat mandat dari syurga untuk menjatuhkan dinasti ming. Kepercayaan mereka terhadap ideologi ini adalah sangat kuat dan yakin apa yang berlaku ini mempunyai sebab yang tersendiri. Ramai jeneral-jeneral dari dinasti ming telah membelot kepada dinasti ming itu sendiri dan kelemahan ini diambil oleh pegawai-pegawai dari dinasti qing. Pemberontakan ini berlaku dengan cepat dan sejajar dengan prinsip mereka untuk mengubah kepada kerajaan baru. Kemaraan mereka dalam menawan dinasti ming ini adalah punca kawasan beijing telah jatuh ke tangan pemberontak. Banyak bencana-bencana alam telah terjadi pada era kejatuhan dinasti ming. Adalah releven bagi saya dinasti ming ini bertukar kepada dinasti yang baru kerana mengikut kepercayaan masyarakat cina pada masa itu sekiranya terdapat banyak berlaku bencana alam ataupun musibah-musibah ini adalah amaran dari langit ataupun tuhan. Kepercayaan ini adalah tegar dalam setiap jiwa masyarakat cina dan mereka melihat ianya berlaku di depan mata meraka. Rakyat tidak lagi percaya kepada dinasti yang lama. Bibit-bibit kejatuhan dapat dilihat walaupun dinasti ming mempunyai kaisar yang hebat dan terkenal namun tidak dapat mempertahankan dinasti ming dan akhirnya seluruh keluarga membunuh diri. Istana yang mereka menetap telah ‘disumpah’ menjadi “Kota Terlarang” sehiggalah sekarang. Melihat dinasti qing pula, terdapat beberapa faktor kejatuhannya yang dapat disingkap dari mata masyarakat mereka sama seperti berlaku kepada dinasti ming terdahulu. Faktor yang utama ialah kemerosotan pentadbiran manchu. Selepas maharaja qianglo turun tahta dinasti qi ini semakin lemah dan prestasi mula menurun. Golongan puak-puak dari suku kaum yang bekerja dalam istana mula memberontak dalam kalangan mereka untuk menjatuhkan dinasti ini. Mereka adalah golongan bijak pandai dalam kalangan istana dan menjadi kepercayaan kepada dinasti qing, kebijaksanaan mereka adalah untuk kepentingan mereka dan bukan berkhidmat kepada maharaja mereka. Maharaja terpaksa memikul semua tanggungjawab menteri-menteri dalam mentadbir kerajaan. Di atas beban yang tidak dapat dielakkan ini maharaja mula merasa pentadbiran semakin berat dan mula tidak tersusun. Masalah rasuah semakin kronik dalam kalangan penjawat-penjawat kakitangan kerajaan mahupun dalam kalangan para pegawai istana menyebabkan sumber kewangan negara semkin susut dan sukar untuk dipulihkan semula. Contoh peristiwa yang berlaku. Seorang pegawal kanan maharaja iaitu Ho-shen telah berjaya mengumpul harta kekayaannya menjadi luar biasa sedangkan beliau adalah seorang pengawal peribadi maharaja sahaja. Gejala ini berleluasa dan berjaya menyebabkan kreadibiliti seseorang itu menjadi tidak sempurna ekoran sikap tamak dan pekerjaan yang dilakukan itu adalah atas dasar kepentingannya sendiri bukan kepentingan kepada negara dan rakyat.

Write your review

Recommended