Menjayakan Kelangsungan Sebuah Universiti by WAHID OMAR

Menjayakan Kelangsungan Sebuah Universiti by WAHID OMAR from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: WAHID OMAR
ISBN: 978-983-52-1382-3
File Size: 1.76 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Dengan cabaran baharu yang lebih getir dalam menghadapi ketidaktentuan (uncertainty) dan gangguan (disruption) berskala besar, UTM perlu bersedia mengharungi cabaran dan kekangan dengan melakukan perubahan besar agar terus kekal relevan dan mampu memainkan peranan sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang boleh memenuhi aspirasi Negara di samping menyumbang kepada kesejahteraan sejagat. Buku ini memaparkan senario penting yang berlaku serta impak realiti semasa, di mana keperluan merekayasa pendekatan Model Baharu Pendidikan Tinggi diwujudkan bagi menjayakan kelangsungan universiti. Seluruh warga UTM perlu terus menggalas tanggungjawab dengan memainkan peranan signifikan bagi menyumbang ke arah ini. Dengan menghayati “DNA UTM” sebagai petunjuk dan prinsip kita, warga UTM dapat terus memberikan yang terbaik dengan keluhuran hati dalam mendidik dan membangunkan mahasiswa, meneroka, dan memperkaya khazanah ilmu melalui kajian, penyelidikan, dan penghasilan penemuan terbaharu, serta terus berkhidmat dan menyumbang kepada masyarakat dalam mengaplikasikan dan memanfaatkan ilmu pengetahuan dan kepakaran bakat di universiti. Permodelan semula bisnes UTM memerlukan ketangkasan pemikiran, strategi yang berbeza (differentiated), serta pendekatan Strategi Lautan Biru yang agresif dan berani (bold) dalam menjana inovasi baharu dan memastikan kelestarian kewangan agar terus menyumbang kepada kelangsungan UTM dan membawa impak kepada kemakmuran ekonomi Negara dan kesejahteraan sejagat dengan berpandukan kepada prinsip amanah, hikmah, dan ihsan.

Reviews

Write your review

Recommended