Sejarah Awal Pentadbiran Agama Islam Di Johor by FADILAH ZAINI & KAMARUZAMAN YUSOFF

Sejarah Awal Pentadbiran Agama Islam Di Johor by FADILAH ZAINI & KAMARUZAMAN YUSOFF from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
ISBN: 978-983-52-1389-2
File Size: 2.45 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Buku ini membicarakan tentang sejarah pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor, Pejabat Mufti dan Pejabat Kadi Besar semasa dibawah penjajahan British dan Jepun sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sejarah pentadbiran Jabatan Agama Johor dibincangkan dengan terperinci dalam konteks pengurusan haji, pendidikan agama, pelantikan pegawai, pengurusan tanah wakaf, undang-undang mengawal tingkah laku masyarakat Islam serta menyebarkan dakwah Islamiyah. Buku ini juga menjelaskan tentang peranan pentadbiran Pejabat Mufti dan Pejabat Kadi Besar yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal nikah, cerai dan rujuk, pentadbiran masjid, pengurusan zakat, pejabat kadi daerah dan pentadbiran Mahkamah Syariah. Perbincangan juga meliputi fungsi Majlis Agama Islam Johor dan perundangan Islam yang dibawa dari Mesir dan Turki. Selain itu, buku ini juga membincangkan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Agama Islam Johor dalam membantu negeri-negeri lain di Tanah Melayu dan negara Brunei Darussalam bagi memperkasakan pentadbiran agama Islam di negeri masing-masing. Malah, kehadiran penjajah British telah memberi pelbagai implikasi dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Jabatan Agama Islam Johor serta perundangan Islam dalam menyusun atur sistem pentadbiran Islam di Johor.

Reviews

Sejarah Awal Pentadbiran Islam Di Johor
by Sarimah bt Samsudin on March 29, 2020

Sangat menarik. memberi pengetahuan yang berguna Dan bersesuaian dgn Cara hidup Hari ini.

penipu
by Muhammad Izzat Bin Zainuri on November 22, 2020

nak baca apa kalau macam ni. blank putih je. try kat phone, pc semua sama. senang betul buat duit. takat tunjuk isi kandungan isi takda baik aku taip je kat ms word.

Write your review

Recommended