Alih by Hakim Ahmad

Alih by Hakim Ahmad from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Title: Alih
Author: Hakim Ahmad
Category: General Novel
ISBN: 978-967-5822-44-5
File Size: 0.72 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

‘ALIH’ perkataan itu muncul lagi. Aril semakin hairan. Perkataan itu sering muncul sejak dia berpindah ke flat itu. Usikan itu hanya permulaan. Aril dikejutkan dengan jelmaan seorang kanak-kanak perempuan yang duduk bersimpuh di atas dadanya ketika terjaga dari lena. . Ditambah pula dengan kehadiran Natasya, anak jirannya. Renungan Natasya yang kosong itu sering menjadi igauan Aril. Taman tasik berhampiran flat itu menjadi titik permulaan terungkai segala misteri! . “Oh…! Ini abang tahu,” ujar Abang Ramli yakin. . “Ha! Apa dia bang?” soal Aril tidak sabar. . “Ini Aliah, mesti kerja dia.” Abang Ramli sedikit tersenyum. . “Aliah? Siapa Aliah?” Aril berkerut. . Satu persatu misteri ‘ALIH’ dirungkai. Ujian yang diharungi semakin sukar. . “Ina percaya hantu?” aju Aril tiba-tiba. . “Kenapa awak tanya macam tu?” Zurina memandangnya pelik. . “Susahlah nak cakap, sebab saya pun tak pernah nampak. Lagipun zaman sekarang ni mana ada…” . “Tapi saya rasa saya dah nampak,” pintas Aril. . Kehadiran sahabat lama secara mengejut turut membantu Aril menjawab segala misteri itu. Syukri, pemuda misteri memakai baju sejuk berhud dengan lampu picit tergantung di pinggangnya. Dia juga tidak terlepas daripada kisah hitamnya. . “Kau nampak pasangan suami isteri dekat divider tu?” tanya Syukri. . “Ha! Aku nampak,” ujar Aril. . “Dia orang dah mati,” kata Syukri tenang. . Apakah kaitan Natasya dengan Aliah? Siapa sebenarnya Syukri? Sahabat atau jelmaan? ALIH! Apakah kisah di sebalik perkataan itu?

Reviews

Write your review

Recommended