Projek Cinta: Pilot by Nia Azalea, Ilya Abdullah, S.Kausari

Projek Cinta: Pilot by Nia Azalea, Ilya Abdullah, S.Kausari from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: Romance
ISBN: 978-967-86-0800-8
File Size: 1.30 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

DI KAYANGAN – NIA AZALEA Balqis, kadet juruterbang yang tidak pernah lekang daripada masalaha, terutamanya sewaktu latihan penerbangan pesawat. Biarpun telah mengejar impian yang tidak berkesudahan, apatah lagi ditolak ke kiri dan kanan oleh kadet-kadet lelaki yang memandang rendah pada dirinya, semangat waja Balqis tidak sedikit pun berkurangan. Pertemuan pertamanya dengan Hariz, lelaki angkuh yang diminatinya dalam diam, membenihkan rasa meluat dengan sikap ego yang tidak bertempat. Siapa sangka, lama-kelamaan rasa meluat itu berubah menjadi sayang dan rindu yang tidak terlerai. KISAH HATI – ILLYA ABDULLAH Cinta itu hadir dalam hati seorang lelaki berbangsa Jepun bernama Satoshi terhadap seorang gadis berbangsa Melayu bernama Rohani. Satoshi seorang juruterbang Jepun yang bencikan peperangan. Peperangan membunuh jiwa yang tidak berdosa. Namun, dunia peperangan itu telah mempertemukannya dengan Rohani, gadis yang dilindungi dan dicintai sepenuh hati. Begitu juga Rohani, biarpun cinta itu terhalang, cinta Rohani hanya buat Satoshi. Apabila mereka perlu berpisah, Rohani tekad untuk terus setia menunggu. Lelaki itu ada janji untuknya. Janji untuk membawa dia terbang ke awan biru. TAKDIR CINTA IKHWAN – S. KAUSARI Ikhwan Azril sedang mencari sebab yang kuat untuk berubah daripada kehidupan soSial tanpa batas dengan cara hidup sebagai seorang juruterbang. Pertemuan secara mengejut dengan gadis bernama Warda Anisa seperti membuka jalan untuk itu. Namun, sangkaannya meleset dengan sikap mengongkong Dato’ Bahar, ayah Warda. Setelah satu tragedi menyayat hati, Ikhwan berhadapan kejadian aneh selepas memberi sedekah kepada seorang lelaki tua di kaki lima. Berjayakah Ikhwan hidup bahagia bersama Warda? Apa kaitan semua ini dengan lelaki misteri yang menyebabkan hidup Ikhwan tunggang-langgang?

Reviews

Pilot
by iylia on November 29, 2017

For short story can be consider ok.. Most of the story like hanging..

Write your review

Recommended