Kerana Kasih by Aisya Sofea

Kerana Kasih by Aisya Sofea from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Title: Kerana Kasih
Author: Aisya Sofea
Category: Romance
ISBN: 978-967-86-0792-6
File Size: 2.09 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Perkenalan yang singkat dengan lelaki bernama Muhammad Haikal Hakimi, mengubah hidup Dilla sama sekali. Hilang prinsip hidup, hilang arah tuju. Dalam sekelip mata hidupnya jadi penuh warna-warni dan hanya berpaksikan pada Kimi seorang. “Aku bukan suruh kau bercinta dan terus kahwin dengan mamat tu, tapi aku nak kau berkawan dulu dengan dia. Kenal hati budi, kenal latar belakang, baik buruk dia tu. Bukan kenal sebulan terus kahwin!” Namun Dilla sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata yang dihamburkan kepadanya. Baik dari keluarga, mahupun teman rapat. Hatinya semakin terpaut sejak pertemuan pertamanya dengan Kimi. Cuma ada satu perkara yang merunsingkan Dilla. Kimi tinggal jauh di Brunei. Sedangkan emaknya sudah meletakkan syarat, setiap anak-anaknya yang berkahwin mesti tinggal dekat dengannya. Emak enggan berpisah dengan anak-anak biarpun sudah bergelar isteri. Dilla sanggup berkorban masa depan demi cintanya pada Kimi, biarpun terpaksa membelakangkan emaknya. Buang emak buang saudara, KERANA KASIH aku turutkan. Namun, apakah perkahwinan senyap-senyap yang bersandarkan hanya cinta semata-mata sudah cukup kuat untuk dipertahankan biarpun dugaan yang mendatang dari lelaki yang dicintainya itu?

Reviews

Write your review

Recommended