Krisis Pemikiran Seni Bina Malaysia by Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi
(price excluding 0% GST)
Author:
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi
Category:
Engineering & IT
, Lifestyle
, Art & Graphics
ISBN:
978-983-52-1110-0
Publisher:
Penerbit UTM Press
File Size:
16.30 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
Walaupun bidang seni bina dan profesion arkitek telah bertapak lebih setengah abad di negara ini, namun wacana intelektual amat ketandusan sekali. Ini mengakibatkan banyak reka bentuk bangunan seperti perumahan moden, sekolah, pejabat, dan bangunan komuniti masih lagi menggunakan penyelesaian yang tidak lagi relevan. Masjid dan seni bina Islam pula masih lagi mengagung–agungkan seni bina Timur Tengah tanpa mengetahui bahawa terdapat hasil reka bentuk atau ide–ide yang lebih baik lagi jika wacana seni bina segar mempersoalkan penyelesaian sedia ada.
Buku Krisis Pemikiran Seni Bina Malaysia ditulis khusus bukan sahaja untuk para pelajar seni bina di pusat pengajian tinggi tetapi juga kepada pelajar dalam bidang berkaitan seperti seni halus, sejarah, dan antropologi. Buku ini juga boleh dibaca oleh orang awam kerana isu seni bina adalah isu rakyat dan komuniti. Pembacaan khusus tentang modenisme, pasca modenisme, seni bina Islam, seni bina komuniti, identiti nasional dan sebagainya dapat memberi tafsiran baru terhadap pandangan serta kritikan seni bina khususnya di dalam negara ini dan di Nusantara amnya. Selain itu, pembaca juga dapat memperkayakan lagi wacana intelektual bidang sains sosial dalam bahasa ibunda mereka.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.