Kesihatan Wanita di Malaysia: Perkembangan, Isu dan Cabaran by Nik Hazlina Nik Hussain
(price excluding 0% GST)
Author:
Nik Hazlina Nik Hussain
Category:
General Academics
ISBN:
978-967-461-249-8
File Size:
6.55 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
"Menjadi tua mungkin menakutkan bagi sesetengah orang sehinggakan mereka sanggup berbelanja besar untuk kekal kelihatan muda walaupun sebenarnya usia akan tetap meningkat dari setahunu ke setahun dan mencecah usia emas sekiranya ditakdirkan berusia panjang. Manusia sebenarnya tidak dapat lari daripada realiti kehidupan, iaitu setiap yang muda pasti akan menjadi tua, setiapnya yang bernyawa pasti akan mati dan setiap yang sihat pasti akan sakit. Namun begitu kehidupan dapat dijalani dengan tahap kesihatan yang baik dan lebih berkualiti tanpa mengira usia.
Dalam menghadapi kehidupan pada usia emas, persediaan perlu dibuat daripada sei mental, fizikal dan juga rohani sewaktu masih sihat dan muda lagi. Kesihatan yang baik, kewangan yang mencukupi, tempat tinggal yang selesa dan selamat, dan pemakana yang bekhasiat perli diberikan perhatian agar usia yang panjang dapat dijalani dengan penuh kesyukuran sebagai satu anugerah yang amat bernilai dan bukan suatu keperitan.
Menopaus merupakan kenyataan hidup bagi setiap wanita yang dilahirkan, tetapi setiap orang akan menempuhinya dengan pengalaman yang berbeza. Menopaus juga menandakan berakhirnya tahun-tahun seseorang wanita berkeupayaan untuk hamil dan bermulanya babak baharu dalam kehidupannya. Wanita yang telah mencapai umur 50 tahun pada hari ini, mungkin akan terus hidup selama 30 tahun atau lebih lagi. Pada ketika itu, pastinya status dan aktivitinya mengalami banyak perubahan.
Satu daripada tumpuan wanita selepas menopaus adalah untuk kekal sihat seboleh yang mungkin, kerana keadaan ini menentukan kebebasan seorang wanita apabila usia semakin meningkat. Tahun-tahun selepas menopaus perlu dinikmati dalam keadaan sihat dan gembira. Kekurangan maklumat dan kewujudan pelbagai teori tidak tepat menyebabkan ramai orang, termasuk wanita, mempunyai persepsi yang negatif terhadap menopaus."
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.