Mu’allaqat Api Peperangan Terpadam Zuhayr Ibn Abi Sulma by Abdul Wahid Salleh, Lazim Omar, Ahmad Zubaidi A.Latif, Mohd Shaifuldin Abdullah

Mu’allaqat Api Peperangan Terpadam Zuhayr Ibn Abi Sulma by Abdul Wahid Salleh, Lazim Omar, Ahmad Zubaidi A.Latif, Mohd Shaifuldin Abdullah from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
ISBN: 978-967-0899-58-9
File Size: 11.12 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Bahasa Arab pada era Jahiliah berada pada zaman kemuncak sebelum kedatangan Islam. Antara contoh ketinggian bahasa Arab ialah himpunan koleksi puisi indah yang dikenali sebagai Mu’allaqat al-Sab atau Syair Tujuh Serangkai. Mu’allaqat Zuhayr ibn Abi Sulma merupakan salah satu daripada koleksi puisi tersebut. Susunan bait-bait puisi ini begitu puitis dengan gaya bahasa memukau para pendengar. Pemahaman terhadap syair Mu’allaqat memberi gambaran sosial budaya, perkembangan bahasa dan sikap masyarakat Jahiliah. Buku ini menterjemah maksud setiap bait puisi, menerangkan jalan cerita, tema, dan gaya bahasa. Antara isu yang dibincangkan ialah biodata Zuhayr ibn Abi Sulma, akidah masyarakat Jahiliah, peperangan Dahis wa al-Ghabra’ yang berlarutan selama 40 tahun, pujian kepada Harim bin Sinan dan al-Harith bin Auf dan kata-kata hikmat. Ulasan yang dipaparkan di sini diolah dengan jelas berdasarkan latar belakang pengkarya, pengaruh persekitaran dan proses karya ini dihasilkan. Setiap pembaca akan dapat memahami keindahan dan kekuatan bahasa Arab, keserasian tema dan maklumat budaya pada era Jahiliah. Kesimpulannya, penyusunan buku ini memberi maklumat dan manfaat yang besar kepada pencinta puisi, peminat bahasa Arab dan bahasa al-Quran. Karya ini sangat sesuai sebagai rujukan kepada peminat kesenian dan puisi bahasa Arab untuk mengkaji dengan lebih mendalam kosa kata dan gaya bahasa puisi Arab.

Reviews

Write your review

Recommended