Bila Hati Memilih Dia by Wan Nur Najihah

Bila Hati Memilih Dia by Wan Nur Najihah from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Wan Nur Najihah
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-406-263-7
File Size: 4.01 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

“Kau nak cerai, kan? Aku ceraikan kau dengan talak tiga. Puas hati kau?” - Nazriel Dan sejak itu dia menutup pintu hatinya serapat mungkin. Percintaan selama 8 tahun akhirnya sia-sia dan perit untuk terima hakikat perkahwinan dengan isteri yang dicintai gagal. Enam tahun bersama anak tunggalnya, hidupnya kembali diuji dengan kehadiran seseorang. “Nasiblah kahwin dengan saya dapat pakej sekali dengan Nufail.”- Nazriel Bagi Adra tidak mungkin dia mahu menerima lelaki itu. Ternyata kerja sementara untuk menjadi pengasuh Nufail menjadi titik permulaan perkenalan mereka. Makin lama mengenali terbit rasa kagum pada bapa muda itu dan tanpa sedar hubungan mereka menjadi rapat. Tapi sayang apabila satu tragedi tidak dijangka menimpa. Hidupnya nanar mengenangkan keadaan diri. Dan Nazriel mula rasa bersalah. Atas dasar tanggungjawab dia diangkat menjadi isteri semata-mata mahu menjaga maruahnya yang cuba dicalar oleh lelaki lain. “Memang bagi awak kecil tapi saya tak boleh. Bila awak pegang tangan saya, saya rasa takut. Saya ingat apa yang jadi malam tu. Saya tak boleh.”- Adra Sabarnya Nazriel melayan setiap kerenahanya. Sekali pun lelaki itu tidak pernah mengungkit. Dia dijaga dengan begitu baik sehingga hati yang kosong mula berlagu cinta. “Saya tak sempurna untuk awak.” - Adra “Saya tetap nakkan awak.”- Nazriel Kejamkah dia andai menolak seorang lelaki yang benar-benar ikhlas mahu menjaganya? Dan bila hati sedia memilih, perasaannya dilukai. “Adra hanya ibu tiri Nufail je. Bukan ibu kandung yang lahirkan dia. Naluri keibuan tak ada dalam diri Adra. Selagi tak bergelar ibu Adra tak akan rasa.” Keikhlasannya diragui. Kasih sayang yang dicurahkan tidak dipandang. Nazriel yang dipuja akhirnya menunjukkan diri sebenar. Dan hatinya tidak tegar mencintai lelaki yang hidup atas dendam lama.

Reviews

bila hati memilih dia
by Adelia Shamim on May 05, 2018

best

Jalan Cerita yang Menarik!
by Riana Ismail on May 18, 2018

Ya Allah.. Tahniah kepada penulis berjaya buat air mata sy keluar.. Part sedih tu mmg sedih gila! Kira jalan cerita untuk novel ni kira lain dari yang lain. Tahniah buat penulis dan teruskan menulis.

BEST!!!!
by Fariha Mustapha on May 20, 2018

suka nga watak Adra...sifat keibuan sangat...jln citer yg menarik ????

BHMD
by Norita bt Hashim on June 02, 2019

best

bila hati memilih dia
by Nor Azizah ramli on July 02, 2021

boleh la...

Bila Hati Memilih Dia
by Ain Nadhirah Razak on January 18, 2022

Beli buku nih sebab kawan kata best, last-last terpikat. Best cita ih tak dinafikan. As a perempuan yeah memang kita kekadang akan rasa mcm nilah. termasuk diri sendiri. eheks

Nur
by nur mahfuzah on April 02, 2022

Jalan cerita yang menarik

BILA HATI MEMILIH DIA
by Mazlina Bt Mat Isa on April 11, 2022

Terbaik... Alhamdulillah..satu kelainan dalam penceritaan kali ini. Penulis berjaya meletakkan plot dan subplot dgn begitu kemas dan bergaya sekali tatkala menamat cerita ini.. Membeli novel kerana drama lakonan Aedy Ashraf dan Eyka Farhana.. nama baru yg srmakin hebat. Sinopsis Bila Hati Memilih Dia dalam drama sangat berbeza dgn sudut penceritaan novel.. Saya suka kedua2nya baik novel ..mahupun drama. Sinopsis dalam drama Slot Samarinda tv3 - nama watak sedikit berbeza - Adra Zulaikha (Eyka Farhana) manakala dlm novel Nur Nora Adra yang baru habis belajar dan sedang menunggu tawaran pekerjaan. Adra telah dipaksa oleh mak tirinya Makcik Melur (Zila Bakarin) untuk berkahwin dengan Farhan (Azri Sabri). Namun Adra menolak permintaan ibu tirinya kerana masih tidak bersedia. Pada masa yang sama, Nazril (Aedy Ashraf), terpaksa berpindah ke Langkawi atas urusan kerja. Nazril merupakan seorang bapa tunggal dan dia terpaksa mencari pengasuh untuk menjaga anak perempuannya, Nufail (Maryam Annisa). .. manakala dlm Novel. Nufail adalah anak leldki. Makcik Melur yang tahu akan tawaran pengasuh tersebut terus memaksa Adra kerana mendengar gaji yang diberi lumayan. Adra akur apabila Makcik Melur beri jaminan selepas bekerja beberapa bulan dengan Nazril, Adra boleh bebas bekerja di Kuala Lumpur. Nazril dan anaknya, Nufail tiba di Langkawi dan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana. Satu insiden terjadi di mana Nufail hilang sewaktu Nazril sibuk menjawab panggilan telefon. Kebetulan Adra berada di situ, dia cuba memujuk Nufail dengan memeluknya. Nazril terus menjerit dan menuduh Adra cuba menculik Nufail. Keesokan hari, Adra tiba di rumah Nazril. Nazril terkejut dan mengungkit peristiwa semalam. Setelah Nufail menceritakan hal sebenar, Nazril terus meminta maaf kepada Adra. Adra tidak suka dengan sikap Nazril dan berasa tidak sedap hati bekerja di situ. Nufail seorang kanak-kanak yang pemalu tetapi dia sangat selesa dengan Adra membuatkan Nazril mengalah dan meminta Adra terus bekerja sehingga dia mendapat pengasuh baharu. Makcik Melur terus cuba menjodohkan Adra dengan Farhan. Adra menolak kerana tidak suka dengan perangai Farhan. Pada masa yang sama, Fadhil (Shahz Jaszle) abang kepada Farhan juga cuba memikat Adra. Satu hari, satu insiden berlaku yang membuat Adra dan Nazril terperangkap tanpa siasatan kejadian sebenar. Adakah kesudahan nasib Nazril dan Adra? ini versi drama, harap2 kesudahan cerita diakhiri dengan kegembiraan sebagaimana novel. Alhamdulillah Tahniah kepada penulis hasil garapan yang hebat.

Bila Hati Memilih Dia
by alia on June 05, 2022

Comment

Bila Hati Memilih Dia
by Eka Rusmawaty Binti Sujak on October 24, 2022

Best... Mmg sukar utk dilepaskan bila mula membacanya.

sgt best!
by nabilla bakar on October 29, 2022

tak rugi baca. santai. hero matang walau kdg cemburu. adra pun baik. suka kisah ni.

Bila Hati Memilih Dia
by siti nadzirah binti mohd nadzir on August 08, 2023

Penulisan yang baik Jalan cerita yang realistic Tidak rugi membacanya

Write your review

Recommended