Inaugural Prof. Tajuddin: Evolusi dan Biogeografi Mamalia Malaysia by Mohd Tajuddin Abdullah

Inaugural Prof. Tajuddin: Evolusi dan Biogeografi Mamalia Malaysia by Mohd Tajuddin Abdullah from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: General Academics
ISBN: 978-967-2134-70-1
File Size: 10.81 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Syarahan perdana ini bermula dengan mengimbau kembali kenangan serta pengalaman dari zaman formatif semasa menjadi seorang budak kampung sehingga beberapa ketika yang sangat kritikal dalam merebut peluang-peluang keemasan yang datang tanpa dirancang, menghayati peluang menimba ilmu pengetahuan, peluang mendapat kerjaya dan peluang menjana ilmu bersama penyelidik pasca kedoktoran, pelajar-pelajar PhD, MSc dan BSc dalam bidang zoologi sehingga ke tahap kini. Saya juga cuba mengupas perkaitan ilmu evolusi menurut falsafah sains Islam dan konsep pemikiran Barat. Konsep ruang, pembentukan alam semesta serta konsep jangka masa telah diselaraskan menurut falsafah sains Islam dengan konsep jangka masa geologi. Maka seluruh kejadian langit, bumi, gunung-ganang, burung, unggas serta haiwan yang tidak diketahui itu semuanya mempunyai fungsi dan sujud kepada Ilahi. Konsep penspesiesan dan biogeografi telah dikupas dengan perkaitan beberapa konsep ekologi, pemilihan semula jadi, palaeopersekitaran, geologi, morfologi dan ekologi molekul. Mekanisme evolusi telah diterangkan menggunakan dapatan dan pengalaman daripada penyelidikan sejak tahun 1977 hingga ke hari ini. Dalam jangka masa yang panjang cabaran pemuliharaan mamalia di Malaysia berkait rapat dengan kehilangan habitat semula jadi, pertumbuhan populasi manusia yang mendadak, pencemaran alam sekitar, kehadiran spesies invasif yang memusnahkan ekosistem dan habitat hidupan liar, polisi dan governan, sokongan pihak swasta dan badan bukan kerajaan serta sokongan kewangan penyelidikan. Penyelidikan menggunakan teknologi tinggi pula telah berjaya merungkai dan menamakan spesies baharu mamalia kecil dan penemuan semula spesies serigala yang dikatakan telah pupus di Malaysia. Peluang masa hadapan adalah sangat cerah untuk penemuan ilmu baharu dan penggunaan ilmu taksonomi haiwan adalah sangat penting bagi bioteknologi, muzium maya, pencerian perkhidmatan ekosistem serta pengecaman hos-patogen untuk tujuan perubatan dan kesihatan manusia sejagat

Reviews

Write your review

Recommended