Curi Curi Hatinya! by Rinsya Chasiani

Curi Curi Hatinya! by Rinsya Chasiani from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Rinsya Chasiani
ISBN: e978-967-16549-0-3
File Size: 2.11 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Memaksa orang lain untuk menyayangi diri kita bukan mudah. Mengejar bayang itu sungguh menyakitkan... Irisya Sareefa menjadi mangsa kebencian ibu kandung dan suami sendiri walaupun berkali-kali dia menagih simpati. Kasih-sayangnya dipandang sepi. Usahanya tidak sekalipun mendapat tempat di hati mereka yang sepatutnya menjadi tempat untuk bergantung dan mengadu. Kebencian Adami Hafizi pada Irisya bukan main-main. Dia terasa tercabar, egonya terasa tercalar kerana mendapat tahu bahawa Irisya sekadar mempergunakan dia untuk maksud tertentu. Lantas dia lontarkan kebencian kepada si isteri sehingga Irisya terkontang-kanting mencari kebahagiaan diri. “Kau jangan harap untuk hidup bahagia bila kau jadi isteri aku, Ica. Aku bersumpah! Bersumpah selagi kau bergelar isteri aku, kebahagiaan itu tidak pernah akan ada!” -Adami Di saat Irisya mula berputus asa, Adami tiba-tiba terjaga. Kenapa hatinya mula beralun lembut apabila menyebut nama Irisya? Kenapa tiba-tiba dia menjadi rindu kepada wanita yang selama ini tidak pernah dipandang dengan mata jiwa? “Ica dah tak sanggup hidup di sisi abang. Ica minta maaf tapi Ica betul-betul tak sanggup. Hati Ica dah hancur. Tak mungkin untuk bercantum...” -Irisya Benarlah kata orang, hidup ini bagaikan roda. Sampai masanya, Adami pula yang terkejar-kejar bayang Irisya. Berkali-kali Irisya menolak kehadirannya tetapi Adami menjadi si degil yang setia mengemis sisa cinta milik Irisya untuk kebahagiaan mereka berdua. “Abang tak kisah kalau Ica benci abang... Biar abang yang tanggung semuanya. Selama ni pun abang yang bersalah...” –Adami. Adami jadi nanar saat Irisya ingin pergi dari hidupnya. Berkali-kali dia merayu tetapi rayuannya dipandang sepi. Tergamakkah Irisya meninggalkan Adami yang benar-benar menyayangi dirinya disaat itu? Mampukah Adami bertahan apabila dirinya benar-benar tidak dipedulikan oleh isteri sendiri? “Ceraikan saya dan kita akan hidup lebih bahagia...” –Irisya.

Reviews

Curi Curi Hatinya!
by RAJA QISTINA NATASYA BINTI RAJA RAHIM on February 23, 2021

Kenapa cerita ni sedih sangat!!! ????????????????????!!! Hampir menangis saya dibuatnya.

CCH
by Norita bt Hashim on May 17, 2021

best

Curi-Curi Hatinya!
by NASIHAH ABDUL on July 02, 2021

Kenapa erkkk, saya lebih simpati kepada Adami dari kepada Ica. Boring dengan Ica yang keras kepala....

Curi-curi hatinya
by Norlihaslinda Abdullah on March 18, 2022

Bosan dengan perangai Ica. jadi tak kesian kat dia. Skip2 baca kalau bab dia dok merajuk.

Curi Curi Hatinya
by siti nadzirah binti mohd nadzir on February 06, 2023

- watak utama yang perempuan sangat melelahkan; kesian dengan hidup ica yang tak pernah mendapat kasih sayang ibu dari kecil tapi kahwin bukanlah cara untuk lari dari masalah, apatah lagi tak ada siapa yang menghalang ica dari belajar dan ibunya yang kejam itu turut bertegas mahukan ica sambung belajar, bukannya ica perlu lari dari dijodohkan orang tua, jadi tak pasti di sini kenapa perlu kahwin sedangkan yang lelaki tak sudi dan yang perempuan pula sebenarnya boleh mulakan hidup baru sebagai seorang pelajar yang jauh dari rumah. sikap yang muda dan tidak matang lebih memeningkan saya yang membaca kerana sudahlah lelaki itu dipaksa berkahwin agar ica bebas dari ibu sendiri, setiap kali ada masalah merajuk yang sangat sukar untuk dipujuk dan tak mahu berhadapan dengan masalah, akhirnya kesian pula pada watak lelaki yang sudahlah dipaksa kahwin, terpaksa melayan rajuk, mencari sang isteri yang lari dan macam-macam lagi kematangan itu amat diperlukan dalam perkahwinan dan kahwin itu sungguh tak boleh dibuat main

Curi-curi Harinya
by Siti Aisyah on October 09, 2023

Jalan ceritanya okay sahaja, tapi kat sini aku tak suka dengan Adami sebab dia lempang irisya tu 2 kali dan suka cakap perkataan sinis. Bagi aku Semarah apapun, kau suami jangan pernah naikan tangan dekat isteri. Sebab, boleh bawa luka yang dalam pada isteri, pastu nak Baik2, ingat boleh sembuh dengan setakat pujuk rayu dgn air mata kau. ibarat luka dalam, pastu kau tampal dengan handyplast, luar nampak dah baik tapi dalam masih berdarah lagi..perangai Ica tak adalah melampau sangat bagi aku sampai nak ditamparnya, lagi pun dia bdk 18 tahun kot.

curi curi hatinya
by Nur sahfika Binti Azaman on January 16, 2024

geram dengan mak ICA..

Write your review

Recommended