Hey Laura, It's Me by Ieya Sya
(price excluding 0% GST)
Title:
Hey Laura, It's Me
Author:
Ieya Sya
Category:
General Novel
, Romance
ISBN:
978-967-406-280-4
Publisher:
KarnaDya Publishing Sdn Bhd
File Size:
1.68 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
“Orang jahat memang susah nak gelak sebab hati mereka dah hitam. Hitam, hitam, hitam dan hitam!” ~ Laura
Dia bencikan Iskandar. Bagi Laura, sejauh mana pun kejahatan menjulang piala, akhirnya piala itu akan jatuh ke tangan kebaikan. Kerana itu dia menunggu kehadiran Iskandar demi sebuah jawapan. Bertahun menunggu, bukan Iskandar yang muncul tetapi Marlo, lelaki kasar, kurang ajar dan sarkastik yang sering mengekorinya. Datangnya Marlo bersama berita kelenyapan Iskandar dari dunia.
Rimos Cafe menemukan Laura dengan Fateh, barista yang kacak, sopan tetapi agak lemah. Mengenali Fateh membuatkan hatinya terganggu. Lebih-lebih lagi apabila lelaki itu memperlihatkan sisi romantisnya. Berada di sisi Fateh seringkali mengingatkan dia pada Iskandar sehingga Laura celaru.
“Pernah tak kita bertemu sebelum ni?” ~ Fateh
“Kita tak pernah kenal sebelum ni. Mungkin bos pernah terserempak dengan perempuan seiras saya. Dalam dunia ni, banyak pelanduk dua serupa….” ~ Laura
Dunia Laura tiba-tiba kucar-kacir apabila dia diburu oleh Tuan Farid. ¬¬¬Ketika itu seorang lelaki bernama Zack muncul. Lelaki yang memegang kunci pada semua rahsia yang berlegar di sekitar mereka. Namun, benarkah Zack ada kunci pada segala rahsia sedangkan di atas mereka ada manusia licik yang bijak bermain dengan sebuah kenyataan?
Ada kematian yang berlaku.
Ada kehilangan yang perlu mereka terima.
Ada kenyataan yang harus mereka telan.
Dan ada kejahatan yang mereka perlu hadapi.
Semuanya tersimpan di dalam Hey Laura, It’s me.
Reviews
Hey laura it's me
by Norliana Ismail on August 02, 2019
tak boleh baca.. mcm mne nk buat ni? novel dah bayar rm26..
Persoalan????
by Ain Zura on September 15, 2019
Siapa yg baca komen2 ne? Siapa yg akn balas?
Hey Laura, It’s Me
by RH on April 16, 2022
Once you have read Ieya Sha’s novels, other Malay novels pale in comparison. This novel is a page turner. So much drama, emotions run riot.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.