Nama aku Ummu Aiman atau mesra digelar Iman.Aku sebatang kara yang menumpang kasih Muhammad,lelaki yang aku sayang.Memang untung dapat lelaki segak berkaca mata yang diminati ramai walau Muhammad tak segak mana pun.Mungkin sebab kaca mata membuatkan Muhammad matang dan bergaya.Tapi satu benda yang orang tak tahu mengenai dia.
Dia tak romantik.Tak apa... Aku tak kisah pun tapi dia seorang yang berhati keras.Senyumannya manis tapi harganya mengalahkan mahal sejongkong emas.Susah nak tengok! Seorang yang kepala batu.Nak aku ikut cakap dia tapi cakap aku? Tak pakai langsung! Mulut dia asid.Setajam kaktus walau itu pokok kesukaan aku.Padan sangatlah tu.
Kisah bermula bila selepas arwah abah angkat aku meninggal,aku jumpa seorang bayi yang hanya dibaluti kain batik lusuh di dalam kotak yang tertera logo sabun pencuci baju keluaran syarikat Muhammad.Fikiran dah fikir bukan-bukan.Tak sanggup aku kalau itu anak Muhammad.
Anak siapa? Ada kaitan dengan Muhammad ke? Kenapa budak ni juga diletakkan depan pintu rumah aku?
Reviews
pelik sikit
by on April 17, 2020
gaya penceritaan yang berbeza tapi seronok juga dibaca
Dua2 Setajam Kaktus
by hasMArul on January 20, 2021
Fully content...
Setajam kaktus
by Rubina Abd Rahman on March 22, 2021
Banyak bahasa yg kasar
Dia Setajam Kaktus
by Husna Sakinah Binti Ismail on September 27, 2022
Quite heavy. But i love it!
DSK
by Norita bt Hashim on October 08, 2022
best
GERAM
by nabilla bakar on October 25, 2022
Best! tapi geram sgt dengan heroin. Asik nak bertindak melulu. lepas tu, terlalu ikut emosi. tau syg, tp x fikir nyawa.
tp naseb ada Muhammad! Hero best walau beku. haha
Dia setajam kaktus..
by FITRIANA BINTI BAHRUM HARAHAP on April 06, 2023
Kisah ini lebih menekankan kasih sayang, keluaragaan. Jalan cerita yang unik dan berbeza membuatkannya seronok untuk dibaca.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.