Biar Hati Berbisik Rindu by Zuri Yanie

Biar Hati Berbisik Rindu by Zuri Yanie from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Zuri Yanie
Category: General Novel , Romance
ISBN: 9789670870144
File Size: 1.03 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

“Mulai saat ini, Raof gantung Nina tanpa tali. Nina bebas ke mana saja Nina pergi tetapi bukan untuk mendampingi lelaki lain. Mungkin ini harga yang perlu Nina bayar kerana menidakkan Raof sebagai suami Nina yang sah.” – Raof Kata orang putih, “If you love someone, set him free.” Ya, kerana Nina mencintai Raof Nina terpaksa bertindak gila. Berkahwin hanya satu malam kemudian meminta perpisahan keesokkan harinya. Kalaulah Raof tahu sebab tindakan Nina ni… Lima tahun mereka berpisah, musim bunga menemukan mereka kembali di tanah England. Kali ini Raof merayu minta Nina kembali ke sisi tetapi malangnya perasaan Nina terhadap Raof sudah lama mati. “Raof cintakan Nina. Raof tak boleh hidup tanpa Nina. Balik ke pangkuan Raof semula, ya?”- Raof “Nina dah tak cintakan Raof. Perasaan Nina dah lama mati untuk Raof. Raof berhak untuk dapatkan orang yang lebih baik dari Nina untuk dijadikan isteri.” - Nina “Raof cuma nak berada di sisi Nina. Raof nak hidup dengan Nina. Kita belum pun lagi mencuba. Raof tak nak mengalah awal.” – Raof Adakala hidup ini terlalu sukar untuk dilakarkan. Perkahwinan Raof dan Nina sepatutnya menyatukan dua hati. Tapi hakikatnya, ia sangat memeritkan. Nina masih Nina yang sama. Cuma yang membezakannya adalah kisah hidupnya yang sarat duka. Bagi Nina, rindunya hanya untuk Raof, walaupun hanya hati yang berbisik. Tapi, akan setiakah Raof bersamanya jika lelaki itu tahu sejarah hitam miliknya? Atau, Raof akan pergi membawa hati yang kecewa?

Reviews

Biar Hati Berbisik Rindu
by RH on November 10, 2021

Boring and long-winded.

Best
by Harison on January 09, 2022

Jalan cerita yang menarik.

BIAR HATI BERBISIK RINDU
by nabilla bakar on November 07, 2022

sinopsis serius menarik! tapi jalan cerita dia, slow sgt. lepas tu mcm more pada kisah nina dgn family..bukan dgn raof.. kalau dibuat drama, kemunculan raof hanya ada pada awal sikit, tgh sikit, last sikit. haha. yang lain semua pasal nina, family dia dll. maaf writer. semoga dpt hasilkan karya lebih baik.

Bila Hati Berbisik Rindu
by Ameldah Francis Gapin on August 11, 2023

Banyak pengajaran yang boleh diperolehi daripada novel ini.

biar hati berbisik rindu
by syazwani binti mustaffa on January 21, 2024

nice

Write your review

Recommended