Akad Kedua by Ana Eimaya
(price excluding 0% GST)
Title:
Akad Kedua
Author:
Ana Eimaya
Category:
General Novel
, Romance
ISBN:
978-967-0907-87-1
Publisher:
Love Novel Publishing Sdn. Bhd.
File Size:
2.05 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
“Ini keputusan muktamad abi dan ingat… Khuz tak boleh kata tidak.”- Tan Sri Junaidi.
Mampus! Memang sah-sahlah Hasbi Khuzairy tiada pilihan. Baginya, tidak perlu lagi dia pertaruhkan kebahagiaan untuk sebuah perkahwinan. Namun, alasan serik dan takut mendirikan rumah tangga untuk kali kedua, awal-awal lagi dipangkah oleh abi. Nak tak nak, ‘ya’ jugalah jawabnya.
“Kerek! Ego! Membosankan!”- Dhia
Belum sampai sehari bergelar isteri, Dhia Irdina dengan yakin melabelkan suaminya begitu. Nampaknya, dia perlu bikin sesuatu.
Biarpun ego setinggi langit, Hasbi Khuzairy tidak pernah mengabaikan keperluan Dhia Irdina. Cuma cinta... itu yang sukar diberikan. Hari berganti hari, hatinya yang sunyi mula terpikat dengan sikap ceria, penyayang, manja, menggoda dan kuat mengusik isterinya.
“Dengan awak pun saya tak tercinta lagi, nak kahwin lagi satu? Hati saya ni ada satu ajelah.”- Khuz.
“Jadi, hati tu untuk Dhia la kan? Kan? Kan?”- Dhia
“Tolonglah, jangan nak terlajak perasan!”- Khuz.
Layanan acuh tidak acuh Hasbi Khuzairy terhadap Dhia Irdina membuatkan Irsyad mula mencuri peluang yang ada. Hasbi Khuzairy gelisah. Dia mula rasa tergugat.
“Kalau kau rasa tak dapat nak berikan itu semua kepada Dhia, aku cadangkan supaya lepaskan ajelah dia daripada hidup kau.”- Irsyad
Datanglah seribu langau mahupun pendendam sekalipun, Dhia Irdina dan Hasbi Khuzairy masing-masing lebih suka memilih untuk mendiamkan diri. Namun, tanpa sedar ia membuatkan mereka makan hati berulamkan jantung.
“Saja. Aku nak Khuz, Tan Sri Junaidi, Rayna, Syad dan semua orang tahu perempuan yang dikatakan sepuluh kali ganda lebih baik tu sebenarnya lebih kurang sama aje dengan aku. Murah. Kau tahu tak erti mu-rah?”- Daliya
Murah? Apa maksud Daliya, bekas isteri Hasbi Khuzairy? Apa yang Dhia Irdina telah lakukan? Dan berhasilkah Hasbi Khuzairy menjadikan perkahwinan kali ini yang terakhir?
Reviews
Akad Kedua
by anafati on March 03, 2020
Best citer ni...tu je nak cakap
like
by normaziah zulkifli on June 15, 2022
besttt sangattt
Akad Kedua
by Arifa Nur Maisara Binti Noorazman on August 01, 2022
Bestttt! *warning spoiler* tapi lepas Khuzairy dah sayang dekat Dhia, macam tunjuk Khuzairy ni pulak manja sangat. Dari pov Dhia yang manja tak ada pulak lepas diorang suka sama suka. tapi apa pun salute cerita ni! bestt!
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.