Jangan Biar Cinta Berlalu by Muna Mahira

Jangan Biar Cinta Berlalu by Muna Mahira from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Muna Mahira
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-2410-11-9
File Size: 0.92 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Orang tua-tua cakap jangan bilang benci. Nanti jatuh hati. Itu yang terjadi pada Kimrie. Membenci Hafriz perampas jawatan CEO suatu ketika dulu. Itu jugalah penyebab cinta mereka terpatri. “Kalau Kim tahu best peluk macam ni dulu... mesti Kim tolak jaket tu. Kim ambil tuan jaket aje. Dah cukup nak panaskan Kim.” “Sekarang bukan main nakal. Dulu pantang abang dekat, terus dia cabut,” sindir Hafriz. “Kim tak tahu abang penyayang macam ni. Abang asyik buli Kim aje masa tu. Mana Kim berani dekat.” “Abang bukan buli tu. Abang caring cara abang. Waktu tu isteri abang ni sombong. Tak suka abang sebab rampas takhta yang dia nak. Tu aje caranya nak dekat dengan Kim.” Pipi Kimrie dielus lembut. Terasa sejuk kulit pipi isterinya itu. Cinta itu terus berbunga. 4 tahun bersama, cinta tetap dibaja. Tapi rumah tangga mana yang tidak dibadai ombak? Yang hidup pasti diuji. Itu janjiNya. Pemergian Siti Khadijah menguji kekuatan cinta mereka. Sabar dan reda itu kunci rumah tangga bahagia. Hafriz teguh di sisi. Kimrie kuatkan hati. Bardrizal yang manja, Hans yang gila kerja. Kombinasi yang susah untuk difahami. Pasangan merpati sejoli. Bardrizal playboy pencen mahukan Hans sentiasa di sisi. Hans pula sibuk mengejar impian membina empayar sendiri. Sesekali suami cuba memahami. Sesekali isteri lupa diri. “Nissa...” “Hurmmm...” Hans melangut sedikit. “Jangan pernah lupakan abang,” bisik Bardrizal lembut. “Kalau Nissa lupa... abang ingatkan Nissa, please,” tutur Hans separuh merayu. Dia sedar dia bukan isteri sempurna. Tidak sebaik mana. Bukan hanya Bardrizal yang difikirkannya. Impian dan cita-cita tetap penting baginya. “That’s why I’m here. Abang tak nak Nissa lupakan abang. Abang takkan benarkan Nissa lupa siapa yang lebih penting. You’re mine.” Lembut nada Bardrizal, tegasnya tetap terasa.

Reviews

Jangan biar cinta berlalu.
by Emelina on February 12, 2021

good.

Sedih
by frwzh on August 12, 2021

Sedih sangat cerita ni especially pasal Kimrie. And Hans pun sedih juga. Best sgt baca!!

JBCB
by norhasliza binti yusoff on June 28, 2023

ok saja

Write your review

Recommended