KOTA by Kamalia

KOTA by Kamalia from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Title: KOTA
Author: Kamalia
ISBN: 9789672328261
Publisher: Buku Fixi
File Size: 1.18 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Kesuma sebenarnya sudah muak menulis cerita tentang para Seleb Kota, yang sanggup lakukan apa saja untuk mengejar populariti, namun itulah tugasnya sebagai wartawan untuk Warna-Warni Kota, sebuah portal yang melaporkan kegiatan selebriti-selebriti yang mempunyai pengikut paling ramai di Kota. Namun kematian seorang Seleb Kota dan seorang pengikut tegarnya telah membuka rahsia gelap di sebalik kehilangan ramai penduduk Kota, termasuklah ayah Kesuma sendiri yang telah hilang secara misteri sejak 12 tahun lalu. Tanpa diduga, Kesuma, bersama seorang wartawan baru yang perahsia bernama Nasir telah dijemput untuk menyertai satu kumpulan rahsia untuk membongkar dalang di sebalik kehilangan itu semua. Rahsia apa lagi agaknya yang akan terbongkar?

Reviews

Kota by Kamalia
by Elvina Zafril on March 20, 2020

Sebuah cerita distopia yang menarik. Plot yang consistent. Watak watak yang menarik memainkan peranan masing masing. Cuma ada kekurangan apabila setiap persoalan yang timbul tidak dijawab satu persatu dan pembaca hanya dapat semua jawapan di beberapa bab terakhir. Penulis boleh pergi jauh jika setiap persoalan yang timbul tentang beberapa insiden dijawab satu persatu. Pengakhiran cerita yang tak dijangka. Overall, sebuah cerita ala ala government corruption yang agak menarik. Sesuai untuk light reading.

Write your review

Recommended