Apa perasaan awak bila sedar aje dari 'tidur', rupa-rupanya awak sedang terbaring di katil hospital? Sudah seminggu awak tak sedarkan diri selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Klise! Tapi, apa yang berlaku seterusnya ini agak aneh…
Setelah sedar, awak tak ingat langsung kejadian yang berlaku 5 tahun sebelum kemalangan tu. Dan lebih malang, awak didesak oleh keluarga awak supaya berkahwin dengan kawan baik awak sendiri dengan alasan awak sedang mengandungkan anaknya. What the hiccup?
Ini yang terjadi kepada Aida. Dia tak sangka langsung yang dia akan menerima nasib sebegitu rupa. Tergamak Hafizul mengkhianati kepercayaan dia? Mereka bersahabat dari kecil. Apa yang terjadi dalam tempoh 5 tahun itu sehingga Hafizul tergamak menggelapkan masa depan dia?
“Aku mabuk waktu tu, Da…” ~ Hafizul
Pengakuan Hafizul itu membuatkan Aida semakin membencinya. Bukan setakat Hafizul, Aida turut membenci anak yang dikandungnya.
“Kalau kau nak baby tu, okey. Kau ambik.
Kau pun tahu aku tak nak simpan budak haram ni.” ~ Aida
“Da, tolong jangan cakap macam tu dekat anak aku.
Sakit hati aku, Da... sakit.” ~ Hafizul
Tapi Aris, abang Aida mula merasakan ada sesuatu yang tak kena... Kenapa Hafizul beria-ia mengaku salahnya? Kenapa lelaki itu berusaha mengubah topik setiap kali dia mempersoalkan apa sebenarnya yang dah berlaku?
Betul ke semua salah Hafizul? Atau ada orang lain yang menjadi punca dan Hafizul sekadar jadi kambing hitam aje? Salah siapa sebenarnya?
Reviews
Salah Siapa?
by Nadia Bt Sheikh Mohamed on May 09, 2020
I love dekna lee novels very much. Rasa dekat sgt ngn characters and jln cerita. Cute gila pijoi and aida. Pasni x sabar nak baca psl ikmal ngn arissa pulak
Salah siapa?
by Nor Azizah ramli on June 19, 2021
Terbaik, as usual. Tak melalut merajuk pujuk, merajuk pujuk buat buku jd tebal.. haha Korang kena baca next kisah ikhmal dan arissa, kisah diorang pun best jugak. Tahniah penulis
Sesak nafas baca masa awal-awal.. Tapi bila dah masuk pertengahan, okay..
by shahida mohamed on June 14, 2024
Best
Salah Siapa?
by on June 30, 2024
Semestinya karya cik puan penulis bukanlah kisah hero dan heroin yang klise dan 'sempurna' seperti yang lain pun mampu membuat pembaca semakin larut dalam pembacaan..jalan cerita yang tidak meleret pada setiap bab dan sedikit info mengenai sukan Muay Thai.Suka dengan ayat penulis, 'jangan diuji keimanan seseorang'.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.