Taj... hanya tiga huruf itu bererti mahkota. Sesuai dengan namanya, Taj Bin Dato Tirmizi, seperti raja bersemayam di takhta hati wanita. Tanpa memujuk rayu, tanpa malu-malu, tanpa ragu-ragu, semuanya terbang mudah ke tangannya.
Walaupun pakar dalam bidang menukar ganti perempuan seperti bermain bunga api habis satu main satu lagi, Taj pantang dilabel playboy.
Namun Rafi yang setia menjadi rakan seperjuangan di kelab malam, mengakui hakikat Taj ialah playboy. Malah champion dalam bidang itu. Semua wanita dilayan tanpa perlu memeningkan kepala membuat pilihan.
“Apa pendapat kau kalau aku kahwin suatu hari nanti?” ~Taj
“Throw away the invisible crown.” ~ Rafi
“Apa benda kau cakap?” ~ Taj
“Kau kena lucutkan mahkota playboy tu.”
“Puas aku ingatkan kau yang aku pencinta wanita. Bukan playboy!” ~Taj
“Kau boleh nafikan tapi semua orang sependapat dengan aku.” ~ Rafi
Episod klise tiba bila playboy jatuh cinta. Saat Taj bersedia melucutkan mahkota yang diperkatakan Rafi, malangnya perempuan itu milik lelaki lain. Sungguhpun ini cinta pertamanya, Taj punya prinsip. Jangan sesiapa usik haknya, begitu juga sebaliknya.
Lantas terseksa hati Taj memendam cinta. Puas dia cuba melupakan tetapi sayang semakin melata. Bila hari-hari bertemu, Taj nekad melafazkan cinta. Dia tak kisah ditolak. Cukup sekadar cintanya diketahui wanita itu.
“Cari bahagia bos tanpa saya.”
Begitulah jawapan diterima. Taj terus dilanda wabak cinta tanpa vaksin. Semakin hari semakin merebak. Cintanya baru hendak mekar, namun terpaksa dibaja racun.
Berjayakah dia menoktahkan cinta? Haruskah dia melupakan prinsipnya? Wajarkah dia meruntuhkan masjid lain demi mendirikan masjidnya sendiri?
Masjid? Taj teguk liur. Bagaimana dia mampu mendirikan masjid kalau solat pun tak mampu didirikan? Gamaknya Tuhan sedang menghukumnya. Hanya mampu mencintai tanpa mampu memiliki wanita itu.
Padan muka!
Reviews
Mahkota Seorang Playboy
by Erda Iskandar on February 24, 2021
Brilliant author. Storyline hebat, byk unsur2 islamik, x rugi baca karya aii fariza.. Great masterpiece.
mahkota seorang playboy
by Banee Yamin Bin Idris on August 26, 2021
cerita yang dipersembahkan menyeronokan dan selera membaca membuak bila menhayatinya. terima kasih penulis.
terbaik
by on February 28, 2022
penulisan dikarang dengan cantik sekali. tk meleret. romantik gila taj.
Mahkota Seorang Playboy
by Ejum Wahab on March 26, 2022
Best!!
Alynaz(Mahkota seorang playboy)
by on April 01, 2022
Best
the best
by SITI NOOR FATIAH BT MOHAMED YUSOFF on April 16, 2022
cerita yg santai tetapi menarik
Sweet And Romantic
by Niess Aziz on April 30, 2022
Taj betul2 pencinta wanita..suka dengan unsur islamic yang diterapkan sepanjang novel ini..jalan cerita x membosankan dan sangat sweet
MSP
by norhasliza binti yusoff on July 29, 2022
Jalan cerita dah best cuma kalau boleh jangan biarkan ending tergantung.Tiba2 saja abis pasal part Raf,habis mcm tu sja.
Terbaik!!
by shahida mohamed on May 07, 2023
Walaupun geram kejap dengan Fitrah, tapi jalan cerita Memang nice..
mahkota seorang Playboy
by Nur sahfika Binti Azaman on December 22, 2023
novel islamik
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.