Lelaki Itu Dan Pesonanya by Aulia Iman

Lelaki Itu Dan Pesonanya by Aulia Iman from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Aulia Iman
Category: General Novel , Romance
ISBN: 9789671644911
File Size: 1.03 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Maira Irsa, dia gadis jelita, tetapi sedikit angkuh dan menyombong diri. Kata Maira, tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini. Maka, dialah salah seorang manusia yang dinyatakan. Bencinya pada Firhad datang daripada hati yang disakiti. Salah Firhad juga, tidak kena pada cara. Sudah tentu ada hati yang luka tanpa disengajakan. Demi memuaskan kehendak, Maira memaksa Firhad menjadi suaminya tanpa cinta. “Urusan apa ni, Maira?- Firhad “Urusan berkaitan perkahwinan kita! Tadi saya dah cakap, awak kena kahwin dengan saya!”- Maira Pada Maira, sebaik sahaja dia beroleh sesuatu yang diinginkan daripada Firhad, pasti lelaki itu akan ditinggalkan begitu sahaja. Itu tekad dan dendam seorang gadis yang kering hatinya. Namun satu persatu cubaan untuk menjatuhkan Firhad bertemu jalan buntu. Waktu berlalu, dendam Maira masih samar-samar. Jalan untuk melunaskan matlamat jahatnya bagai dipenuhi onak dan duri. Lelaki itu pula masih dengan pesonanya. Dia yang membenci seakan tewas dengan perasaan sendiri. Bagi Firhad pula, tarikh perkahwinan yang diatur, semakin hampir. Pada waktu yang bersisa Firhad masih menanti petunjuk untuk meneruskan perkahwinan atau membiarkan sahaja Maira dengan kehendaknya. Dia keliru! Dia ragu! Lantas, keraguan itu membawa dirinya pergi mencari jawapan untuk persoalan yang belum berjawab. Sewaktu dia beroleh jawapan yang diinginkan, Maira pula sudah mengundur diri. “ Baru dua minggu saya pergi, dua minggu yang sekejap itu hati awak berubah?!”- Firhad “Kalau dulu mungkin saya terhegeh-hegeh nak kahwin dengan awak, sanggup malukan diri sendiri dengan keputusan bodoh, dan kali ini saya takkan ulangi kesilapan serupa.”- Maira Bagaikan satu garis panjang, Firhad sudah berlari menuju ke garisan penamat, namun Maira yang hampir bergelar juara, sudah menghentikan langkah lalu berpaling meninggalkan perlumbaan yang masih belum berakhir. Adakah Firhad hanya membiarkan Maira pergi? Atau membawa gadis itu mengakhiri perlumbaan bersama-sama dengannya? Mampukah kasih bersemi saat dua jiwa berbeza rasa? Semuanya bakal terjawab dalam naskah Lelaki Itu Dan Pesonanya.

Reviews

Write your review

Recommended