Jodoh Salah Kaut by Aein Dhiyauddin
(price excluding 0% GST)
Title:
Jodoh Salah Kaut
Author:
Aein Dhiyauddin
Category:
Chick-Lit
, General Novel
, Romance
ISBN:
978-967-2225-14-0
File Size:
1.53 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
“Ini bakal suami saya.” – Rania
Indah Rania… Sangkanya dia menarik Amri untuk diperkenalkan sebagai bakal suami kepada bekas suaminya yang tiba-tiba muncul. Namun dia tidak menyangka tersalah kaut orang. Orang yang ditariknya bukan calang-calang.
“Ya, kami akan bernikah.” – Kai
Khairul Amilin atau lebih dikenali sebagai Kai merupakan seorang model dan penyanyi terkenal. Tiba-tiba datang seorang wanita memperkenalkan diri sebagai calon isteri, di hadapan wartawan pula tu! Jadi terpaksalah dia mengaku dan mengikut rentak wanita itu. Tercalarlah imejnya jika berkata tidak.
“Saya minta maaf sebab salah kaut orang tadi. Kita beritahu wartawan ini semua prank. Boleh, kan? Awak pun salah jugak sebab mengaku tadi.” – Rania
“Kau kena kahwin dengan aku. Kau kena bertanggungjawab sebab buat nama aku busuk! ” – Kai
Rania dan Kai terpaksa bersatu dalam sebuah perkahwinan hanya disebabkan kejadian itu. Rania cuba menghalang dirinya daripada jatuh cinta, tetapi tarikan Kai sungguh kuat. Hatinya cair!
“Mengaku ajelah kau cemburu. Habis cerita.” – Kai
“Ya, aku cemburu! Sangat cemburu! Aku cintakan kau. Itu yang kau nak dengar, kan?” – Rania
Walaupun hati mula mencintai, namun masih terdetik curiga. Kai seperti banyak berahsia dengannya. Dan Kai juga punya rahsia di sebalik lagu Cinta Hatiku. Siapakah sumber inspirasi dan pemilik sebenar cinta Kai?
“Aku nak tahu lagu Cinta Hatiku tu dicipta untuk siapa sebenarnya?” – Rania
Setiap rumah tangga pasti diuji. Ikram, bekas suami Rania tiba-tiba menjadi lelaki gila talak. Ada sahaja helahnya untuk memisahkan dua hati yang mula menyemai cinta.
“Apa agaknya dia akan cakap kalau dia tahu awak mandul, Rania?” – Ikram
Keadaan jadi bertambah rumit dengan kehadiran Tengku Amanda. Siapakah pula Tengku Amanda dan apakah helah gadis itu?
Reviews
BEST!!!
by Niess Aziz on January 04, 2021
Best karya aein dhiyauddin ni!Penuh dengan drama..ada saspen..ada romantik..ada selamba...tak lupa babak sedih sekali..jalan cerita yg penuh emosi,memang tak boring sampai ke akhir...best sangat-sangat!
Jodoh Salah Kaut
by NASIHAH ABDUL on June 10, 2021
Nice
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.