Lelaki Langit Bumi by Girang Fashali
Synopsis
Reviews
LLB merupakan novel cinta yang sangat menarik dan memikat hati.. Disampaikan penulis dengan penuh perasaan.. Membaca novel ini Sha ikut memahami apa yang dirasakan oleh Diha.. Sha memang jatuh cinta habislah dengan watak Diha ini.. Ceritanya bermain dengan perasaan, sama ada sedih, gembira mahupun marah.. Kesemuanya berjaya disampaikan oleh penulis dengan cemerlang.. Cerita ini melibatkan dua negara, Malaysia dan Indonesia.. Satu pengalaman yang menyeronokkan..
3 sebab utama saya suka sangat ‘Lelaki Langit Bumi’: 1. Watak-watak sangat ‘hidup’. Saya dapat menyelami keperihan Ariyyan dan kekuatan Diha. Watak-watak lain juga kuat dan mempunyai karakter masing-masing yang mendukung jalan cerita. 2. Saya bukan peminat cerita Indonesia/sinetron tetapi penggunaan bahasa Indonesia yang sederhana oleh penulis menjadikan karya ini lebih menarik. Komunikasi 2 bahasa antara Ariyyan dan Diha nampak manis dan intim. 3. Susunan cerita yang ‘superb’. Kita akan berteka-teki, tertanya-tanya siapa ‘Lelaki Langi Bumi’ dan mengapa.... semuanya dileraikan dengan kemas oleh penulis ibarat kepingan jigsaw puzzle yang lengkap. Secara keseluruhannya, karya penuh perasaaan sangat berbaloi untuk dibaca. Penulis berjaya membuat kita terbuai dengan gaya penulisan tersendiri tanpa ‘babak terlampau manis’ atau bahasa yang berlebih-lebihan. Saya juga belajar banyak perkara baru.
This story should be made into a real life movie. Great character & plot...
Novel panjang ini bukan sekadar kisah cinta antara seorang gadis biasa dengan seorang ternama yang sesuai dengan kehendak peminat genre ini. Ia mengandungi berpuluh permata tersembunyi, seperti resipi yang boleh anda cuba semasa atau setelah habis membaca. Saya paling suka dengan kosa kata yang digunakan. Paling seronok mempelajari terjemahan untuk perkataan Bahasa Indonesia yang digunakan.
cerita yang sgttt besttt...
Jalan cerita yang baik.
Cerita yang mudah dibaca, mengalir setiap bait penulisannya. Tiada konflik berat yang tak tentu hala tuju, hanya sebuah konflik batin antara 2 jiwa dari 2 dunia yang cukup berbeza dalam mencari satu titik keserasian. Konflik batin yang cukup berat, kadang pemiliknya sendiri gagal memahami apa yang sedang terjadi di wilayah hati sendiri. Setinggi-tinggi tembok yang cuba dibina di wilayah itu, namun bila cinta datang mengetuk... ahhh jawapannya: nak lari kemana pun kau takkan sanggup. Bak kata Ariyyan, "gak usah neko-neko ah". Tapi sebab jentera kesabaran yang tinggi milik Diha, akhirnya lelaki yang selalu dilihatnya di langit akhirnya jatuh tersungkur ke bumi... jomlah baca! Seronok sesekali sambil belajar memasak dan belajar bahasa seberang.
Best giler.. Jalan cerita yang baik.. Gaya penceritaan dia pun best..tak bosan bile baca.. Antara salah satu novel yang saya suka baca..Bile baca tu, rasa seronok jer..bile baca part sedih, terasa sedih dia. Gaya penulisan penulis memang kena dengan citarasa saya. Tq. Macam nak cari novel NIE, nak buat koleksi..
Pada saya,tajuk yang macam ni akan jadi 'underrated' pada pembaca yang menilai dari tajuk dan sinopsis saja,tapi tidak pada buku ini,tanpa konflik yang berat ianya mampu membuat pembaca menelusuri perjalanan kisah Diha dan Ariyyan dalam naskah ini.Gaya bahasa dan penulisan yang mudah untuk difahami walauun berlatarbelakangkan dua negara antara Malaysia dan Indonesia. Dan semestinya ianya sebuah buku yang mampu membuai pembaca dengan pelbagai emosi,pelbagai jenis petua kesihatan dan tidak lupa juga aneka resepi.Tahniah kepada Cik Puan Penulis menghasilkan karya seperti ini dan semoga akan ada lagi naskah-naskah lain dimasa akan datang.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.