“Errr... Saya Najihah, pelajar praktikal. Encik Zainal minta saya lapor diri kepada Encik Imran.” - Najihah
“Saya tahu.”- Imran
Terpanar! Saat memandang wajah yang berada di depan matanya, Najihah sesak. Terlayar semula peristiwa yang sudah mula dilupakan. Dia tidak pernah lupakan susuk dan wajah itu. Wajah yang memusnahkan hidupnya sekelip mata. Dibuang keluarga. Disisihkan. Dia cukup derita. Dia hanyalah gadis 17 tahun yang mengharungi ujian tanpa mengetahui kenapa dia diperlakukan begitu.
Adam Imran tidak percaya yang dia akan bertemu semula dengan perempuan yang bertanggungjawab ke atas Haikal. Ikutkan hati, dia ingin terus menghukum Jia. Namun, setelah mengenali Jia dengan lebih dekat, Imran akur yang dia sudah jatuh hati dengan perempuan yang pernah dia benci dan mungkin membenci dirinya atas apa yang dilakukannya dulu.
“Macam mana Misya tahu Kak Jia tak suka abang?”- Imran
“Misya tanya tadi.” – Misya
“Dia kata dia tak suka abang, ya? Mmm, abang dah agak pun.” –Imran
“Susah kalau abang nak pikat Kak Jia tu. Misya tengok Kak Jia tu bukan jenis yang sembarangan. Kalau abang yang kacak dan kaya pun dia tak pandang, macam mana nak move forward? Good lucklah abang.” – Misya
Apabila mengetahui kehadiran Bazlan yang kembali untuk mendapatkan cinta dari Jia, Imran bertindak menjadikan Jia miliknya yang sah!
“Saya minta maaf atas salah faham ini. Sebenarnya Jia dah terima lamaran saya. Kami tak sangka Encik Bazlan ini pula akan sampaikan hasratnya. Jadi, kami perlu berterus terang tentang hubungan kami ini.” – Imran
Adam Imran mula memikat hati seorang isteri yang dia cintai. Dia tidak mampu untuk undurkan masa. Namun dia nekad. Demi Jia, dia akan tetap mempertahankan rumahtangganya. Demi kesilapan yang dia lakukan dulu, dia akan pastikan yang Jia bahagia selamanya.
Jia. Dia mencari setiap jawapan atas apa yang pernah berlaku. Walaupun hatinya dilukai, tapi Jia, dia gadis tabah!
Reviews
Sayang I'm Yours
by Nor Azizah ramli on April 30, 2021
Xboleh nak skip page sb syg giler takut terlepas scene menarik.
Biasanya aku akan skip kalau tebal2, bukan apa sb bosan asyik ulang merajuk pujuk. bosan!!
kali ni syg nk skip. serius best!!
terbaik
by on July 04, 2021
serius best sangat. bila part lawak kelakar habis. tethibur baca
Sayang I am yours
by NASIHAH ABDUL on August 11, 2021
Menarik
Sayang Im Yours
by Ejum Wahab on February 28, 2022
Bab awal mcm something missing tp bab yang keakhir2 ni mcm getting better. Xbrp suka perangai imran esp ms kat langkawi huhu sorry author tp percubaan yg menarik utk novel ni. Semoga terus maju author!
Sayang i'm yours
by norhasliza binti yusoff on May 19, 2022
Best!!
menarik
by tunteha on August 28, 2022
tersusun dan santai je. berbaloi baca
Sayang I'm Yours
by Siti Norizura on April 09, 2023
Best sangat. Sangat recommended. Please believe me. You will not regret reading this novel.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.