Kepimpinan Politik dan Ketenteraan Sultan Muhammad al-Fateh Berasaskan Siyasah Syar`iyyah by Wan Norhasniah Wan Hussin

Kepimpinan Politik dan Ketenteraan Sultan Muhammad al-Fateh Berasaskan Siyasah Syar`iyyah by Wan Norhasniah Wan Hussin from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: History
ISBN: 978-967-2414-11-7
Publisher: PENERBIT UPNM
File Size: 1.79 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Karya yang berjudul ‘Kepimpinan Politik dan Ketenteraan Sultan Muhammad al-Fateh berasaskan siyasah syar‘iyyah’ merupakan satu karya baharu yang memaparkan kepimpinan al-Fateh dari aspek politik dan ketenteraan mengikut siyasah syar‘iyyah. Ia merupakan satu disiplin ilmu berkaitan dengan sistem politik Islam yang mencakupi bidang kepimpinan, ketenteraan, pentadbiran, pertahanan, perundangan dan ekonomi, dengan tujuan untuk melindungi kemaslahatan masyarakat sejagat berasaskan syarak. Justeru, menerusi penghayatan prinsip-prinsip yang terangkum dalam siyasah syar‘iyyah, para pemimpin mampu menjaga hak kebajikan anggota masyarakat secara telus dan adil. Menerusi analisis, karya ini telah membuktikan prinsip-prinsip siyasah syar‘iyyah telah dihayati dan diaplikasikan dalam pentadbiran al-Fateh. Dengan keperibadian diri yang dibina berteraskan al-Quran dan al-Sunah, nilai keadilan, kesaksamaan, ketelusan, kejujuran dan kebenaran telah ditekankan oleh al-Fateh, terutamanya sewaktu berinteraksi dengan anggota masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Oleh itu para sarjana telah memartabatkan al-Fateh sebagai tokoh politik dan kepimpinan ketenteraan yang berkarismatik, berkeperibadian mulia dan berwibawa dalam mentadbir negara dan mengendalikan strategi perang. Hasil kupasan dan penerangan yang telah diketengahkan, justeru sumbangan utama karya ini adalah untuk menonjolkan kecemerlangan corak kepimpinan politik dan ketenteraan al-Fateh, untuk dijadikan model dan garis panduan sama ada kepada pemimpin negara, ataupun pemimpin dalam sesebuah organisasi ketika menguruskan anggota masyarakat ataupun kelompok bawahan. Dengan olahan penerangan yang mudah difahami, diharapkan karya ini dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat, tanpa mengira perbezaan agama, adat resam dan keturunan.

Reviews

Write your review

Recommended