Dia Imamku by Siti Rosmizah

Dia Imamku by Siti Rosmizah from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Title: Dia Imamku
Author: Siti Rosmizah
Category: General Novel
ISBN: 9789675822605
File Size: 1.50 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. “Suka kamu kata bangla. Budin ni ada kebun pisang,” tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato’ Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cinta, Lily sanggup dibuang keluarga. Lily hidup menderita, apatah lagi bila dia disahkan mengidap kanser. “Lily sakit ma... Lily perlukan doa mama. Lily perlukan restu mama. Tolong Lily, ma. Lily tak nak mati jadi anak derhaka. Lily nak jumpa mama buat terakhir kali.” Dahlia bersubahat dengan Razak mengenakan sepupunya. Amiruddin menyelamatkan Humairah dari niat jahat mereka. Malangnya Rafiq tak percaya. Dia menuduh Humairah curang! Kesucian Humairah dipertikai! Demi maruah Humairah dan keluarga, Amiruddin seikhlas hati menerimanya sebagai isteri. Humairah hanya pura-pura mencintainya. Rafiq menagih cinta Humairah semula. Amiruddin dibuang dari hidupnya! “Ambik balik cincin awak! Cincin yang layak dicampak dalam longkang aje!” Ya Allah! Remuk hati Amiruddin. Humairah sangka cinta Rafiq, cinta sejati. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Perkara berlaku di luar jangkaan. Saat ini baru Humairah kenal cinta yang sebenar. “Maira mintak ampun bang. Maira berdosa pada abang. Maira betul-betul menyesal. Maafkan Maira, bang.” “Saya masih lelaki kampung yang sama. Tak ada harta. Lelaki miskin yang tak mampu beri Cik Maira apa-apa. Walaupun secebis cinta.” Ya Allah, panjangkan jodohku dengan suamiku. Dia imamku, dia kekasihku hingga akhir nyawa. Mungkin ke hati Amiruddin sudah mati buatnya?

Reviews

Dia imamku
by Syahirah Malek on April 05, 2021

Karya drpd Siti Rosmizah mmg tidak dpt disgkal.

Dia Imamku
by Nur Amni on April 15, 2021

Best cerita dia, tapi ada a few typing errors dalam ebook ni. Jalan cerita menarik macam selalu, sedikit cliche tapi ni memang gaya novel SR. Heroin yang mula-mula boleh dikira jahat, hero dari keluarga susah yang baik. Lepas tu heroin berubah jadi baik nak raih cinta suami dan tarik tali. Tapi cerita kali ni macam agak laju and drama tak meleret macam novel lain. Ada certain part yang macam too rushed macam kejar nak habiskan novel. But overall best cerita ni. Suka character Nek Bunga memang brutal habis.

Dia Imanku
by Asna Bee on May 12, 2021

Penulis x pernah mengecewakan

Dia Imamku
by nurul on June 20, 2021

Best

dia imam ku
by SITI MARYAM BINTI MOHAMAD on July 23, 2021

Good

DIA IMAMKU
by Siti Halijah binti Md Lizah on August 16, 2021

Best Sangat . Baca dalam 1 hari . Geram pulak dengan si Rafiq dok mengikut semua kata2 mak dia . Rasa macam nak hempuk je si Dahlia . Kesian Abang Budin..

Dia Imamku
by Siti Aisyah on September 02, 2023

Best, berbaloi baca..Jalan cerita dia okay jer.. Suka dengan watak Maira, si kurang kasih sayang. Kurang kasih sayang mengamuk dekat orang lain. Watak lain2 pun okay, tak bosan bile nak baca..

Dia Imamku
by on November 17, 2023

Tak boleh move on bila baca cerita ni sampai ulang-ulang pinjam sampai 3x. Mungkin bagi orang ramai kisah ini cliche tapi dapat dirasa sampai ke dasar hati. Suka dengan gaya penulisan penulis dan suka dengan watak Nenek Bunga. Menghiburkan dan penyeri kisah ini dengan dialog-dialognya..

terbaikkkkk
by Amin Abdull on March 04, 2025

first time sy beli novel online sbb tertngok drama ni kat astro. tak tahan nak tunggu episode baru tu yg beli novel nak tahu jalan cerita. terbaik novel ni. mantap.

Jarang tak A6
by Noor Faizatul Huda on March 06, 2025

Sumpah suka gila dengan character budin. nak satu please???

dia imamku
by shiny shield on March 14, 2025

100 percent

Dia Imamku
by Amyrol Risyam on March 14, 2025

Best.. first time beli novel secara online semalam. gara2 tidak sabar menunggu episode kelanjutannya tiap minggu. berbaloi 1 hari habis saya baca. puas hati ending dia. perasaan campur aduk baca. ada masanya sedih, ada masanya senyum2 sendiri.. terbaik... tak sabar nak tengok episode seterusnya minggu dapan.

Gara2 X Kesabaran Tgok Drama Aku Beli Hahaha
by Asmi Asri on March 16, 2025

Hidup umairahh kau haahh budin hujung2 kau bikin panas hahahha aku lesung mulutmu

aku Imam mu
by Noryati Binte Amin on March 20, 2025

terbaik

Dia Imamku
by Affandy on March 22, 2025

Terbaik

Terbaik
by Channel Ummi on March 22, 2025

Komen

Best
by Dauzyusaini Ahmad on March 23, 2025

Best

Gg
by Mizi Power on March 26, 2025

Cf

Tak rugi beli
by Meowwwww on March 27, 2025

Best!!!!!

Dia imamku
by Hazwani Zakaria on March 27, 2025

Loveeeee

Kena tipu beli buku lain dapat lain
by Inche Mukhlis on March 28, 2025

Bodoh je dibuat begini

dia imamku
by on March 28, 2025

goob ending

Dia Imamku
by AZZIZAT BIN ABDUL SARI on March 29, 2025

Memang best

Dia Imamku
by ashraf ramli on March 30, 2025

Season 2 please!!

Write your review

Recommended