Siri Amalan Baik: Kita Beriman by Fauziah Hanim Jalal, Ibrahim Hashim, Melati Sumari dan Nazariah Abd Samad
(price excluding 0% GST)
Category:
General Novel
ISBN:
e978-983-49-2796-7
Publisher:
Dewan Bahasa dan Pustaka
File Size:
6.38 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
Mengisahkan seorang ibu bernama Siti Hajar yang membawa anak-anaknya ke sebuah kedai buku di bandar. Selesai membeli buku, Siti Hajar bercadang membawa anak-anaknya ke taman permainan. Sebelum ke taman, mereka sekeluarga menunaikan solat asar di masjid. Setelah berada di taman, Siti Hajar menceritakan kisah sahabat nabi, iaitu Bilal bin Rabah, muazin pertama yang melaungkan azan. Siti Hajar juga menarik perhatian anak-anaknya tentang kelebihan beriman dan bertakwa kepada Allah SWT melalui kisah Bilal bin Rabah. Bilal tidak berganjak daripada memilih agama Islam walaupun diseksa oleh orang kafir. Kisah tersebut membawa teladan yang baik untuk kanak-kanak. Bagi menambahkan pemahaman kanak-kanak, buku ini juga dilengkapi dengan maklumat tambahan dan soalan pemahaman. Pengisian bahan tersebut termasuklah ruangan Mari Fikirkan Bersama-sama, terjemahan ayat al-Quran dalam Ya Bunayya (Wahai Anakku), Fakta Berkenaan Pertambahan Jumlah Umat Islam, Amalan Kita dan Glosari. Selain itu, turut disediakan pelbagai cadangan aktiviti untuk panduan ibu bapa melakukannya dengan anak-anak mereka.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.