Kenapa Nara tak boleh panggil Que, papa?~ Nara
Yang Nara mahukan hanya seorang yang boleh dipanggil papa. Tapi Que tidak pernah membenarkannya.
“Nara boleh sebut perkataan tu bila-bila masa dan di mana Nara nak tapi… bukan depan Que.” ~ Que
Walaupun ada cacat cela dalam kehidupan Que dan Nara, mereka sangat saling menyayangi. Cuma, jurang itu diwujudkan Que kerana gagal menerima kematian Miranda.
Vena, dia dikhianati sepupu sendiri. Lantas dia memilih untuk membuka episod baru dalam kehidupannya. Saat itu dia bertemu Que dan Nara. Kehidupan Nara dan Que menarik perhatiannya sehingga dia terjebak secara tidak langsung dalam kehidupan mereka.
Ego seorang Que sangat besar sehingga mencetuskan pertengkaran antara dia dan Vena. Namun ketika yang sama dia sedar bahawa Vena pernah wujud dalam hidupnya ketika dia bersama Miranda lagi.
Akhirnya Que pergi bersama Nara meninggalkan Vena. Lebih setahun kemudian, hidup menemukan mereka semula. Dan Vena mula sedar siapa Que dan bilakah saat pertama dia bertemu Nara sebenarnya.
Diakah yang menyebabkan kematian Miranda? ~Vena
Allah dah susun segala-galanya. Kita cuma watak kecil yang mendorong keadaan menjadi begitu~ Que
Mungkin kamu tidak mengerti ketika ini, Vena. Tetapi kamu akan mengetahui segalanya ketika kamu bertemu dengannya. Maaf kerana aku pernah menjadi alasan kamu disakiti.~ Miranda
Reviews
Yang Datang Daripada Takdir
by Nor Azizah ramli on June 11, 2021
Ceritanya biasa2 saja cuma yg best tu nasihat dlm cerita ni buat aku Xjemu membaca setiap ayat dr awal sampai habis, Xde skip tau. Biasanya aku akan habiskan dgn cepat setiap page, malas nak hadam setiap ayat sb kebiasaannya sama je kan, tp novel ni aku baca slow2, nak menghayati nasihat dlm setiap page tu..mcm baca buku motivasi pula. Tq penulis ayat nasihat mmg terbaik sgt. kalau tgk tajuk mcm Xmenarik nk baca tp yg boleh aku pinjam kat library maya ni sb tetiba muncul dlm carian..hehe..xde buku lain dah. Sekali baca mmg Xrugi langsung. Sila baca uollss!!
Memang awesome
by shahida mohamed on December 02, 2022
satu cerita yang mengganggu jiwa namun dalam masa yang sama menyentuh sanubari..
Yang Datang Daripada Takdir
by Eka Rusmawaty Binti Sujak on January 10, 2023
Buku yg best.. Susah nak lepas bila dah mula baca
YDDT
by on July 22, 2023
best recommended.
Yang Datang Daripada Takdir
by on September 29, 2023
Cerita yang santai namun masih terselit sesuatu yang menyentuh hati walaupun tanpa konflik yang meleret.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.