Nasi Lemak Tepi Kubur by Izma Qahiera

Nasi Lemak Tepi Kubur by Izma Qahiera from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Izma Qahiera
Category: General Novel
ISBN: 9789670870380
File Size: 0.75 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

“Awak ni jenis anti perempuan ke?” –Yusma “Kalau ya kenapa?” –Haliq “Boleh saya tahu kenapa?”-Yusma “Itu bukan urusan awak.” -Haliq Jangan sebut tentang perempuan di depan Haliq. Kalau boleh dia tak mahu kaum Hawa wujud di dunia ini. Kaum itu hanya tahu menghancurkan harapan dan impian pencinta sejati seperti dia. “Ayah ni dah tua Haliq. Ayah sunyi…” “Ayah nak kahwin ke? Kalau ayah berhajat, orang tak ada halangan. Kalau ayah nak orang tolong pinangkan calon mak tiri orang tu pun orang tak kisah.” Haliq tahu, ayah mahu melihat dia mendirikan rumahtangga. Dia pun bukannya tak nak kahwin. Dia masih trauma dengan kenangan silam. Tapi kini dia terjerat dengan permintaan ayah. Apa cara yang dia ada untuk memujuk ayah menjalani pembedahan? “Ayah saya suruh kahwin dengan awak.” “Tak naklah kahwin dengan awak. Muka banyak parut jerawat. Berlubang-lubang pulak tu.” Yusma tak main-main. mati hidup semula dia tak mahu dipasangkan dengan Haliq. Jadi apakah jalan yang Haliq ada? Dalam ramai-ramai pekerja di Warung Nasi Lemak Tepi Kubur ini, takkan seorang pun tak boleh menjadi isteri olok-olok Haliq? Manja? Kau sudi tak? Kalau kau sudi, aku terus jadi ni!

Reviews

nasi lemak tepi kubur
by Nor Azizah ramli on July 09, 2021

sekali baca tajuk malas nk baca giler seram, Bila dh baca Xboleh nk berenti pulak...haha ok best lah, cuma meluat jugak sikit2 haliq igtkan manja tu dgn budriz..bosan!! sikit2 kawin bersyarat..bosan!! Tp serius terhibur dgn perangai ayah dan anak yg sporting giler ni. Ok Kasi five Stars

Nasi Lemak Tepi Kubur
by RH on October 27, 2021

Cerita yang sangat kelakar. Kalau anda rasa sedih, bacalah novel ini - pasti terhibur. Penceritaan dari sudut pandangan hero lelaki yang agak naif yang nampak macho tetapi berjiwa tisu.

Nasi Lemak Tepi Kubur
by Zaherani Tahir on May 17, 2022

Best! Macam ni lah baru pembaca seronok untuk membaca. Penggunaan bahasa yang sempoi dan kelakar sampai terkekeh2 saya ketawa. :-))

Write your review

Recommended