Relakah Hati Terus Mencintai by Farisha Imani

Relakah Hati Terus Mencintai by Farisha Imani from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Farisha Imani
Category: General Novel
ISBN: 9789670870687
File Size: 1.22 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Demi bersatu dengan kekasih hatinya Sara Alya, Shawn merangka rancangan gila untuk memerangkap gadis itu. Tapi sayangnya… yang menjadi mangsa bukannya Sara Alya tetapi Nurul Nabiha. Tiada istilah tanggungjawab andai wanita itu adalah Nabiha! “Yang pak cik nak berdrama sangat ni kenapa. Tak faham ke apa yang pegawai agama tadi tu cakap. Saya tak perlu kahwin pun dengan anak saudara pak cik tu.” – SHAWN . Takdir yang mengikat mereka tidak ternoktah di situ. Pemergian Sara secara mengejut membuatkan Shawn menanam api dendam. Nabiha perlu membayar harga atas kehilangan Sara. Satu lamaran dihulur. “Perkahwinan ini akan jadi perkahwinan terindah dalam hidup awak. Percayalah, Nabiha. Saya akan jaga awak dan mencintai awak seluruh hati saya.” – SHAWN Saat hatinya benar-benar menyerahkan cinta dan jiwa, watak manis Shawn berubah laku. “Apa salah saya. Apa dosa saya pada awak. Kenapa awak benci sangat dengan saya.” – NABIHA Tersentak dengan takdir cinta yang memilukan ini, Nabiha rela andai dirinya dilepaskan. “Saya… saya lebih rela awak ceraikan saya…” – NABIHA Kehidupan baharu dikayuh dengan lebih tabah. Namun ternyata bahagia yang diimpikan selama ini masih belum mahu berpihak kepadanya. Nabiha diuji lagi dengan ujian yang berganda berat. Penglihatannya yang sempurna telah diambil semula oleh Ilahi. Ya. Nabiha seorang gadis buta kini. Saat dia melangkah dalam kegelapan itu, hatinya telah disuluh oleh cahaya cinta dari seorang jejaka. “Saya sukakan awak, Biha. Sejak dari kali pertama saya jumpa awak hati ni rasa sesuatu. Biha…relakah hati awak mencintai saya?” – NAZEEM Dunia gelap Nabiha hampir dihujani warna-warni pelangi cinta daripada Nazeem. Sayangnya… satu kenyataan menyebabkan dunia yang gelap kekal gelita. Siapakah Nazeem yang tiba-tiba muncul dalam hidup Nabiha itu? Lelaki yang membawa cinta sejati atau seseorang yang hadir hanya untuk membuat luka lama berdarah kembali?

Reviews

RHTM
by norhasliza binti yusoff on May 25, 2022

Best!

Relakah Hati Terus Mencintai
by siti nadzirah binti mohd nadzir on March 19, 2023

this is a good read, cerita dia agak sedikit meleret, tetapi macam itulah hidup manusia, selagi kita tidak meminta maaf terhadap orang yang kita buat salah, selagi itulah kita rasa bersalah dan tak tenteram, apatah lagi sekiranya kesalahan tersebut mencederakan diri orang tersebut, lebih parah, apabila dengan takdir Allah, orang yang kita lakukan kesalahan tersebut, akhirnya merupakan orang yang paling hampir dengan kita, menjadi pasangan dan semakin sukar untuk menyorokkan sebuah kebenaran yang menyakitkan, bagaimanapun berlaku jujur itu walaupun sakit hujungnya akan indah

Relakah Hati Terus Mencintai?
by on September 22, 2023

Cerita yang menarik yang mengingati kita untuk redha dengan segala ketentuan dan sabar dalam menjalani setiap ujian.juga ianya menceritakan tentang golongan orang kurang upaya penglihatan di negara kita dan memberi kesedaran pada kita untuk lebih cakna akan mereka ini.

Write your review

Recommended