Cinta Musim Corona by Aein Dhiyauddin

Cinta Musim Corona by Aein Dhiyauddin from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Aein Dhiyauddin
Category: General Novel
ISBN: 9789671780954
File Size: 1.42 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

18 Mac 2020 satu sejarah tercipta. Buat pertama kalinya Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP. Rakyat Malaysia diminta berkurung di rumah bagi mengekang penularan koronavirus.
Seperti rakyat Malaysia yang lain, Nadia turut berkurung di rumah bagi menyahut cabaran kerajaan. Sangkanya musim PKP ini amat membosankan dan membuatnya stress. Namun jangkaannya meleset.
“Cuma ketua keluarga saja boleh keluar rumah. Awak tau kan.”- Hairee
“Rumah saya tak ada ketua keluarga. Tuan Hairee nak jadi ketua keluarga saya?”- Nadia
Berkenalan dengan seorang askar bernama Hairee. Hatinya berbunga-bunga. Walaupun dia tidak menyukai askar, dia rasakan dirinya sudah jatuh cinta. Walaupun tidak pernah mengenal rupa, dia tertarik pada suara macho abang askar itu.
“Surat saman?” – Daniel
“Ya tuan polis. Saya tak ada surat dari majikan mengatakan saya kena kerja. Sebab tu saya mintak surat saman. Karang saya mintak surat nikah kita, lagi berpeluh tuan polis. Tak pasal-pasal kena kahwin dengan saya. Tuan nak kahwin dengan saya?” - Nadia
Muncul pula si tuan polis bernama Daniel yang menolongnya ketika menghantar darling aka kucingnya ke klinik haiwan. Tuan polis itu membuat dia senang tapi ada kalanya perlakuan Daniel menyebalkan. Paling mengejutkan Daniel mahu hantar rombongan meminang!
“Kak Jah rumah hujung selang dua baris dari sini ada merisik baby. Katanya anak dia si Iskandar tu suka kat baby,” – Puan Zaleha.
Hidup Nadia jadi huru-hara seketika. Muncul lamaran yang dia sukar untuk tolak. Sedangkan hatinya sudah terpaut kepada lelaki lain.
Kenapalah musim corona ni aku jatuh cinta? Kenapa musim corona ni jugak aku kena bertunang paksa? – Nadia
Cinta musim Corona. Siapa yang akan memiliki cinta Nadia? Berjayakah Nadia bersatu dengan lelaki idamannya?

Reviews

Cinta Musim Corons
by NASIHAH ABDUL on June 24, 2021

good reading

CMC
by norhasliza binti yusoff on August 27, 2022

worth to read

CINTA MUSIM CORONA
by nabilla bakar on December 14, 2022

Cerita ni sgt annoying tahu tak? haha. dengan panggilan manja Baby lah, kucing darling lah .. haha. mcm geli pulak org luar pun panggil baby. haha. tpi best sbb teringat jugak antara drama masa covid 19, dengan ragam org lelaki beli brg dapur, dgn isteri macam2 resepi nak cuba. btw! mmg best tau. santai sangat novel ni.

Cinta Musim Corona
by Nurul Syuhada Binti Sahrom on March 25, 2023

Memang santai habis ceritanya, jalan cerita rasa dekat dengan kita sebab ada moment pkp tu, ttb rindu pulak moment time pkp bila baca. jalan cerita pun tak meleret and memang terbaikk

cinta musim Corona
by Nur sahfika Binti Azaman on March 02, 2024

lawak, kelakar

Write your review

Recommended