Vignette by Syud
Synopsis
Dia tu macam… vignette.
Keliling gelap, tengah-tengah sahaja yang jelas. Dan tak ada garis jelas yang memisahkan antara keliling yang gelap dengan tengah yang terang itu. Macam mimpi.
~~~
“Aku nak kekalkan sikap aku yang hanya akan ingat benda gembira. Jadi, pada aku, ini satu langkah ke arah itu.”
“Eloklah tu. Ubah angin, ubah tempat. Hijrah itu satu benda yang elok.”
Dia berhijrah untuk memulihkan keadaan hatinya yang sedikit calar. Calar yang tak ada kesan pun… kan?
“Najiha.” Dia memperkenalkan diri.
“Nice meeting you, Najiha.”
Hijrah juga bermaksud dia akan jumpa orang-orang yang dia tak pernah jumpa, pernah jumpa tapi tak ingat, atau orang yang memang dia pernah jumpa dan ingat. Tapi dia rasa dia tak pernah jumpa lagi orang yang malas nak bercakap macam si dahi kerut ni.
Atau mungkin... dia pernah jumpa.... kut?
~~~~~~
Matahari tu, orang kata, sifatnya terang, panas – dan hidupan atas muka bumi ini tak boleh hidup tanpa matahari.
Najiha itu, bagi dia, macam matahari. Terang – dan buat dia sentiasa tercari-cari.
“Awak memang suka cakap sepatah-sepatah kan?”
“Ha. Saya memang suka cakap sepatah-sepatah.”
Dan kalaulah matahari itu hilang, tak mungkin dia tidak terkesan, kan?
Reviews
Gaya penulisan Syud yang sempoi dan bersahaja. Suka sangat baca cerita ni. Thanks for make it available here Syud.
Syud, add la novel Alvinso dekat sini or Wattpad, like how hlovate do (TT)
Kiya baca yang buku punya. So yg ebook ni sama ke?knak beli kalau lain sikit
I have 2 more Syud's novels to be read. But I guess this is her first novel yg panjang yg I baca, kut? Really like it! Syud tak pernah mengecewakan, sehingga ke saat ini. Bahasa santai tetapi sampai. Always makes me laughed so hard & tersengih-sengih okey. Oh God, I really like Firdaus. Sebijik sama macam my man. Suka kerut dahi, susah nak senyum, tak banyak cakap, selalu tak jawab soalan tapi, tapiiiii boleh tahan kuat merajuk. Fuh. I thought my man is annoying. But now that I know Firdaus Hadi, I can safely say these kinds of human do exist. Dan I tak patut stress pun. Just embrace people's weirdness. Sobs. Thank you so much Syud. Your writings always made me happy and satisfied. Truly. Reading for me is really a much need escapism. I read to escape. And your writings are not illogical. I love every single characters that you wrote. Every plot. I can imagine all of them in real lives and I always do imagine! Mesti seronok kalau ada dekat TV hahahaha. Bye Firdaus and Najiha! Love you guys and the whole story of Vignette so much.
Jalan cerita yang best.realistik.karektor yang menarik.
Syud ni satu jak slack, tang ending to secoet sgt.. kita ni nak tau la jgk reaction kwn2 dorang dpt kad fir dan jiji
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.