AMALAN DAN CABARAN PEMBANGUNAN PERTANIAN DI MALAYSIA by Rosmiza Mohd Zainol, Christina Andin, Jabil Mapjabil.

AMALAN DAN CABARAN PEMBANGUNAN PERTANIAN DI MALAYSIA by Rosmiza Mohd Zainol, Christina Andin, Jabil Mapjabil. from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: General Academics
ISBN: 978-967-2975-84-7
Publisher: Penerbit UTHM
File Size: 3.70 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Sektor pertanian yang bertindak sebagai penggerak dan kekuatan ekonomi ketiga bagi Malaysia berperanan penting dalam menjamin keselamatan makanan dan peningkatan produktiviti tanaman komoditi makanan, serta bukan makanan. Hal ini menuntut kepada pengurusan tanaman secara lestari, serta pengukuhan komuniti petani atau pekebun kecil agar berdaya saing tinggi dan lebih dinamik selari dengan hala tuju baharu sektor pertanian. Oleh itu,penerbitan buku suntingan ilmiah bertajuk “Amalan dan Cabaran Pembangunan Pertanian di Malaysia” ini menepati kehendaksemasa agar strategi ke arah kelestarian sektor ini berupaya diperkasa. Buku ini memuatkan tujuh bab yang mendasari dua tema utama iaitu:

  • Amalan dalam pembangunan pertanian di Malaysia.

  • Cabaran dalam pembangunan pertanian di Malaysia.

    Penerbitan buku ini mampu memperluas ilmu dan memberi manfaat berkaitan amalan dan cabaran dalam pembangunan sektor pertanian kepada masyarakat, khususnya petani. Kajian empirikal dan penelitian terhadap amalan dan cabaran dalam sektor agromakanan negara dan tanaman komoditi industri iaitu kelapa sawit menonjolkan kepentingan sektor ini untuk dikukuhkan ke arah lebih berdaya saing dan lestari. Penulisan buku ini turut boleh menjadi rujukan tambahan kepada pihak berkepentingan dalam menilai pembuatan dasar berkaitan pembangunan subsektor tanaman, komuniti petani, serta sektor pertanian secara holistik.

    DR. ROSMIZA MOHD ZAINOL (PhD.) adalah Pensyarah Kanan di Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. DR. CHRISTINA ANDIN (PhD.) adalah Pensyarah Kanan di Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Universiti Malaysia Sabah. DR. JABIL MAPJABIL (PhD.) adalah Profesor Madya di Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah.

Reviews

Write your review

Recommended