AKHIRI RINDU INI by Danisyarahmat
Synopsis
“Pilih Tya atau ibu abang.”
“Tya tak sanggup lagi, hidup dihina dan dicerca dalam
keluarga abang. Tya tak salahkan abang, kalau abang pilih ibu.
Tya sanggup beralah.”
Kalau begini kesudahannya, Tya tak akan sesekali jatuh
cinta pada abang tiri sendiri. Manalah dia tahu, kekasih hati
rupanya anak Puan Zulin perampas ayahnya dan penyebab rumah
tangga ibunya kecundang. Tya sudah menolak, tetapi janji Syukri
untuk susah senang bersamanya menguatkan rasa cinta.
Malangnya tidak mahu digelar anak derhaka, rumah tangga
mereka jadi taruhan.
2 tahun, Tya membawa diri menjauh dari Syukri dan
keluarga mentua yang menyakitkan hati. Hidup pula sebatang kara
sebagai anak yatim piatu, mujur ada mak lang sebagai tempat
sandaran diri.
Sudah takdir Ilahi, Tya bertemu semula dengan Syukri.
Bekas suami ingin menebus kesalahan kerana membiarkan Tya
sendiri. Tya sudah tawar hati, tetapi disebabkan Raiyan
memerlukan penderma tulang sum-sum, Tya tiada pilihan.
Menerima Syukri, seolah menjerat kakinya masuk semula
ke jerangkap samar. Kali ini, adakah Tya akan beralah dengan
mengorbankan diri atau mengakhiri rindunya ini dengan cara
dengan memusnahkan jerangkap samar yang memakan diri.
Reviews
besttt
tahniah penulis memang sakit hati membaca cerita tia hak dan nafkah anak yang dinafikan perbuatan tidak adil seorang bapa ibu tiri yang perampas, penghasut hingga memecah belah rumahtangga, tamak serta mata duitan dan budaya sanggup berbuat apa sahaja demi hidup senang, mewah dan bermegah dengan harta padahal bukanlah miskin sangat tapi masih mengejar lebih tanpa bekerja keras ending memang tak disangka kerana menyangka julia akan terperangkap dengan suami tua yang tiada harta dan akhirnya mak mertua tia akan stress kerana salah bercaturan tapi rupanya ending terlalu tragik hingga ada yang dipenjara dan dimasukkan ke hospital mental apapun, memang tak dapat nak bersetuju bila baca tia nak kembali kepada bekas suami pada mulanya, sebab rasa sukarnya nak mengulang kembali segala seksa kerana sikap mak mertua tia masih sama dan tak akan pernah berubah, begitu juga sikap bekas suami tia yang terikat tidak mampu berkasar dan perlu menjaga adab dengan ibunya tapi salute sbb berani berterus terus dengan ibubapa dan abang si tunang dan masih mampu menegur perbuatan dosa si ibu dan adik
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.