Sherlock Holmes: Misteri Surai Singa, Misteri Penyewa Berkerudung, Misteri Shoscombe Old Place & Misteri Pesara Kilang Cat - Edisi Bahasa Melayu by Sir Arthur Conan Doyle

Sherlock Holmes: Misteri Surai Singa, Misteri Penyewa Berkerudung, Misteri Shoscombe Old Place & Misteri Pesara Kilang Cat - Edisi Bahasa Melayu by Sir Arthur Conan Doyle from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
ISBN: 978-967-369-598-0
File Size: 3.05 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Misteri Surai Singa

Fitzroy McPherson jatuh rebah dan mati di hadapan Sherlock Holmes, yang ketika itu sudah pun bersara dan tinggal di sebuah desa kecil di pinggir laut. Sebelum meninggal dunia, McPherson menyebut sesuatu yang bunyinya seperti ‘surai singa’. Harold Stackhurst, pengetua di sekolah di mana McPherson bekerja sebagai guru, berpendapat kata-kata McPherson itu kedengaran seperti nama seorang lagi guru di sekolahnya, Ian Murdoch, yang pernah bertengkar dan melempar anjing McPherson ke luar tingkap. Apabila memeriksa mayat McPherson yang malang itu, Holmes mendapati kesan seperti libasan cemeti yang berselirat di belakang tubuhnya, yang menjadi punca kematiannya. Nampaknya biarpun telah bersara, kes misteri tetap hadir ke hadapan pintu rumahnya!

 

Misteri Penyewa Berkerudung

Selama tujuh tahun Puan Merrilow menyewakan bilik kepada Puan Ronder, dan dia tidak pernah melihat wajah penyewanya itu kerana sentiasa memakai kerudung. Namun pada suatu hari, Puan Merrilow secara tidak sengaja ternampak wajah penyewanya itu, dan wajah itu mengejutkannya kerana ia cacat teruk. Atas satu kejadian, Puan Ronder meminta Puan Merrilow menyampaikan pesanan kepada Sherlock Holmes. Puan Ronder menyatakan, sekiranya Puan Merrilow menyebut ‘Abbas Parva’, pasti Sherlock Holmes akan datang menemuinya. Apakah misteri yang disimpan oleh wanita berkerudung itu? Apakah yang menyebabkan wajahnya cacat sehingga tiada lagi menampakkan rupa? Apakah kaitannya Sherlock Holmes dengan Abbas Parva?

 

Misteri Shoscombe Old Place

John Mason, datang mengadu kepada Holmes tentang majikannya, Sir Robert Noberton yang dirasakannya sudah gila. Sir Robert tinggal di Shoscombe Old Place bersama-sama dengan kakaknya, Lady Beatrice yang sudah uzur. Pada suatu hari, kedua-dua majikan John Mason mula melakukan perkara-perkara pelik di luar kebiasaan mereka: Lady Beatrice tidak lagi melawat kuda kesukaannya pada setiap pagi seperti yang pernah dilakukannya setiap hari selama bertahun-tahun. Sir Robert pula memberikan anjing kesayangan kakaknya kepada orang lain secara tiba-tiba. Dan pada waktu malam, Sir Robert selalu pergi ke makam bawah tanah di gereja berdekatan kediamannya secara sembunyi-sembunyi. John Mason berasa lebih takut apabila terjumpa tulang manusia yang terbakar dalam relau pemanasan di tingkat bawah tanah Shoscombe Old Place! Sherlock Holmes dan Dr. Watson menyamar sebagai pelancong yang suka memancing untuk mendekati Shoscombe Old Place dan menyiasat perkara ini.

 

Misteri Pesara Kilang Cat

Josiah Amberley, seorang pembekal alatan lukisan yang sudah bersara meminta Sherlock Holmes mencari isterinya yang telah menghilangkan diri. Isterinya dipercayai telah pergi bersama jirannya, dan membawa bersama mereka wang simpanan Josiah yang banyak. Disebabkan Sherlock Holmes terlalu sibuk menyiasat kes lain, dia menghantar Dr. Watson untuk menggantikannya. Namun, kes yang disangka mudah ini mula bertukar rentak apabila Dr. Watson mendapati dirinya diekori lelaki yang ditemuinya di tepi jalan berdekatan rumah Tuan Amberley. Perkara ini membingungkan Dr. Watson. Siapakah lelaki yang mengekori Dr. Watson, dan kenapa? Dapatkah Sherlock Holmes dan Dr. Watson menemui isteri Josiah Amberley semula?

 

Keempat-empat kisah ini telah dimuatkan dalam jilid The Case-Book of Sherlock Holmes yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1927.

Reviews

Write your review

Recommended