MISI CAH MENGORAT ACAP by NAJWA RAHMAN
Synopsis
Cah, cikgu sekolah rendah yang garang dalam diam menyimpan perasaan pada Asyraf Zafran atau lebih dikenali sebagai Acap.
Patah hati Cah bila mendengar khabar angin yang Acap sudah mempunyai kekasih hati dari Kuala Lumpur sana.
Tunduk-tunduk si pengantin baru
Tunduk-tunduk tanda segan
Dalam hati ada rasa cemburu
Sebab bukan kita yang jadi pilihan
Namun, Cah tak berputus asa! Bagi dia, selagi belum berkahwin, hati Acap itu boleh dia tawan.
Waktu itulah Cah keluarkan idea gila untuk mengorat si Acap tapi sayangnya, tak sempat misi dijalankan, Cah sudah kecewa.
Betulkah tiada Cah di hati Acap? Putus asakah Cah dalam meraih perhatian Acap? Siapa pula Puteri Aleya yang selalu ada dengan Acap itu?
Budak pergi sekolah main lawan pemadam
Cikgu di depan tengah berucap
Rasa hati ini sudah lama Cah pendam
Kalau diluah mahukah diterima Acap?
Reviews
Hai.. respond please.. kenapa saya download novel ni.. then tlisan hilang2?
still belum move on dgn acap & cah.
bacaan yg santai,xheavy kepala otak..sempoi je cah dgn acap tu..start baca,tgh baca dan slpas baca mulut xberenti senyum je,trus muka jd glowing dgn mood trsgt baik haritu..
Jalan cerita yang menarik dan santai.comel je tajuk misi Cah bila nak mengurat crush lama dia(Acap).mula² agak Cah ni syok sendiri tapi bila baca pov Acap memang poyo la dia ni sebab nak uji Cah kan dah dapat menumbuk..
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.