ELVINA: TIDAK LAYAK UNTUKMU by Hana (HE)
(price excluding 0% GST)
Title:
ELVINA: TIDAK LAYAK UNTUKMU
Author:
Hana (HE)
Category:
Romance
ISBN:
elvina
Publisher:
HE Dynamic Enterprise
File Size:
0.60 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
Kerana rasa dia punya segala-galanya, Elvina Fasha yakin takkan ada mana-mana lelaki sanggup menolaknya meskipun dia sudah rosak di tangan ayah tiri sendiri. Walaupun pernah diadukan pada ibu kandungnya tentang perbuatan tidak senonoh Engku Fazril, kesudahannya Elvina yang dipersalahkan.
Suami mummy tu cuba raba Vee semalam. Vee tak selesa nak tinggal dalam rumah ni lagi. - Elvina
Salah you sebab pakai baju pun tak cukup kain. You dah tahu dia ada dalam rumah ni, yang you nak belanja dia tengok tubuh you sangat dah kenapa? - Datin Shanim
Disebabkan kesalahan akan kembali dilambakkan pada dirinya, Elvina mengaku kalah. Sehingga suatu malam, Fazril tergamak meragut kesuciannya. Hidup Elvina terasa musnah dalam sekelip mata. Namun disebabkan perwatakan dia yang jelas bongkak dan ego, dia cuba bangkit semula. Lagipun dia tidak mahu kerana kesilapan Fazril, dia bakal kehilangan lelaki yang dicintainya selama ini. Menikahi lelaki yang hampir sempurna di matanya, memang salah satu impian Elvina. Sekarang baru Elvina menyesal. Menyesal kerana tidak pernah mahu mendengar nasihat Akhdan selama ini.
Don’t worry, Vee. You takkan mengandung sebab I tak ‘serang’ you membuta tuli. Cuma satu I nak ingatkan, jangan sesekali mengadu pada mummy you atau buat laporan polis. Sebab kalau I dapat tahu you buat tindakan bodoh macam tu, you dan mummy you akan dapat malu. Jangan lupa mummy you dulu dah selalu sangat datang kondo I. You ingat dia saja-saja datang? I ada video dia kalau you nak tengok, Vee. - Engku Fazril
Diugut oleh Fazril, akhirnya Elvina terpaksa mengunci bibir sehinggalah ke hari pernikahan dia dan Akhdan berlangsung. Akhdan, adalah lelaki pilihan Elvina sejak di zaman universiti lagi. Lelaki itu beku, tak pernah melayani Elvina dengan layanan romantis. Namun cinta dia pada Elvina sangat menggunung tinggi.
Boleh ke Vee nak tangguhkan dulu malam pertama kita? - Elvina
Why? - Akhdan Saif
Sebab Vee masih tak bersedia. Vee pun tak jangka langsung Dan akan masuk meminang Vee secepat ni. - Elvina Fasha
Hidup-hidup Akhdan ditipu, sehinggalah rahsia besar Elvina terbongkar. Maruah Akhdan rasa seperti dicabar. Lelaki yang pernah merosakkan si isteri, adalah lelaki yang sama pernah bermusuh dengan Akhdan sejak di zaman universiti. Yang paling membuatkan Akhdan terkilan, kenapa Elvina harus merahsiakannya?
Aku pernah tidur dengan isteri kau. - Engku Fazril
Akhdan bersemuka dengan Elvina. Tika ini barulah Elvina sedar, duit takkan mampu membeli ‘cinta’. Walaupun jelas dia punya segala-galanya berbanding Akhdan.
Betul ke apa yang lelaki tu bagitahu aku, yang kau pernah rosak di tangan dia? Payah sangat ke kau nak jaga maruah kau untuk aku? Patutlah kau tak nak aku sentuh kau lagi. - Akhdan Saif
Dia rogol Vee. - Elvina Fasha
Kalau dia rogol kau, kenapa tak buat laporan polis? Atau kau sebenarnya suka bila dia buat kau macam tu? Habis tu, aku dapat apa? Sisa terbuang?? - Akhdan Saif
Jujur, Akhdan tak kisah andai kata Elvina berterus-terang sedari awal. Yang membuatkan dia kecewa, Elvina sanggup merahsiakan hal sebesar itu. Bakal berakhirkah kisah rumahtangga yang baru saja bermula? Kerana Elvina mulai sedar, dia sebenarnya langsung tidak layak untuk lelaki sebaik Akhdan Saif. Nantikan jawapannya di dalam naskhah berbentuk digital ini nanti.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.