JAWHAR (IMPERFECT GENTLEMAN) by Sara Kyoko

JAWHAR (IMPERFECT GENTLEMAN) by Sara Kyoko from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Sara Kyoko
Category: Romance
ISBN: 978-967-2809-20-3
File Size: 0.85 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Mutiara, 35 tahun – Miss Overthinking berlesung pipit. Mempunyai kebolehan bercakap melulu tanpa berfikir. Prejudis kepada hampir semua orang.

“Menyampah betullah tengok dia geleng-geleng kepala time tu. Teleng karang, padan muka. Dia setakat pot pet pot pet senanglah. Dia kan bos besar?”- Mutiara

Ahmad Jawhar, 44 tahun – duda yang digelar si beruang kutub, introvert berbadan besar dan tinggi lampai. Lebih suka bercakap di dalam hati. Selalu menyangka yang orang akan faham maksud di sebalik tindak-tanduknya.

Naluri mengatakan yang wanita itu tidak sukakannya. Tapi kenapa? Puas dia berfikir dan rasanya dia tidak pernah buat sesuatu yang boleh menyakiti atau menyinggung perasaan wanita itu. - Jawhar

Dalam sekelip mata, takdir mengubah perjalanan hidup mereka berdua. Rancangan orang-orang tua, mungkin bisa menyatukan atau menjarakkan lagi perhubungan yang sedia ada.

“Beberapa minit yang lalu saya masih lagi memanggil encik, beruang kutub, tau? Dan encik pulak masih lagi layan saya dengan muka ketat dan kerek.”- Mutiara

“Pertama, saya tak pernah berubah. Jawhar yang awak kenali sebagai beruang kutub, atau kerek, atau cerewet itu sama dengan Jawhar yang awak nampak sekarang ini.”- Jawhar

Keseraisan dan kejujuran itu penting. Namun, serasi hanya mampu dimiliki sekiranya pasangan mempunyai masa untuk mengenali diri masing-masing; dan, bagaimana kalau bersikap jujur itu bermakna, harus mengungkit kisah silam yang mahu dilupakan, malah terpaksa menyakiti hati yang lain?

“Kenapa awak obsessed sangat dengan benda ni? Awak takut yang saya mungkin lelaki yang tak baik ke? Pukul bini? Kaki perempuan?”

“Kalau obsessed sekalipun, tak salah kan? Saya ada hak nak tau lelaki macam mana yang akan dijodohkan dengan saya.”

“Awak tak percayakan saya, ke?”

“Percaya bukan boleh muncul macam tu aje, encik. People don’t put their trust in strangers.”

Miss Overthinking – tak ingin terluka.

Vs.

Si beruang kutub – orang yang pernah disakiti. Lalu, bagaimana mereka dapat bersatu dalam kehidupan yang penuh dengan kemungkinan seluas lautan?

Cukupkah kata-kata untuk menyakinkan hati supaya dimiliki? Cukupkah keinginan sahaja untuk kita menggapai bahagia?

Reviews

Jangan tak baca!
by Datin R. Ramly on January 02, 2023

Lovely story! Ditulis dengan cara yang sangat santai dan penuh dengan unsur-unsur yang kelakar dan menghiburkan. So refreshing to read a story where the "hero" and "heroine" are in their 30s and 40s.

buku keempat dari sara kyoko!
by NUR HIJRIATUL NISHA BINTI MAT SEDI on August 12, 2023

haaa habis dahhh. cepat betul. rasa nak baca lagi dan lagi. suka dengan penulisan sara kyoko. gaya penulisan yang santai, pengisian takterlalu sarat dan berat, konflik pun ringan. buku keempat dari sara kyoko! tapi isteri tuan ihsan tetap dihati hehe. paling the best the kebabom. next buku please panjang lagi lepastu tambah konflik lagi hehe.

Comel
by shahida mohamed on January 01, 2024

Review pertama untuk tahun 2024.. Ceritanya sempoi dan kelakar..

Write your review

Recommended