Girl Marry Me by Arsya Aisya

Girl Marry Me by Arsya Aisya from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Title: Girl Marry Me
Author: Arsya Aisya
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-2467-56-4
File Size: 2.74 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

“Kahwin dengan saya?”
Qayyum dan Syifaa bertemu secara kebetulan di bumi Paris saat kedua-duanya terluka ditinggalkan insan yang tersayang; Syifaa yang dibelenggu masa lalu dan Qayyum yang berani mencuba.
Beberapa jam dilamar Qayyum, Syifaa nekad meninggalkan bumi Paris. Mustahil lelaki itu mampu menerima masa lalunya.
Kembali ke Malaysia, dia perlu berdepan dengan kebencian orang tuanya. Itu sangat memedihkan, namun tidak mengapa. 26 tahun lalu dia mampu menghadapinya, apalah sangat seketika cuma.
“Aku bukan papa kau! Jangan sesekali kau panggil aku papa lagi. Jauhkan diri kau daripada Adam dan Dila. Jangan ganggu hubungan mereka.” – Encik Arash
“Inilah jantan yang menyundal dengan kau tu? Huh! Tak malu pula terang-terangan berhubungan. Lagi bagus daripada jantan yang dulu.” – Puan Zuyyin
Kata-kata seorang ibu dan ayah sangat memeritkan jiwa seorang Nur Syifaa Zulaika. Kisah hidupnya bukan seperti Cinderella, bukan juga seperti Rapunzel. Kisah dia kisah duka yang tidak bertemu noktah bahagia.
Berkalung duka di perjalanan yang nampak tenang, Qayyum kembali. Permainan takdir dilancarkan oleh Syifaa dan Allah memilih takdirnya dengan Qayyum. Di akhir kalam usaha, dia menyerah. Menerima lamaran lelaki itu tetapi bukankah dia sudah katakan, kisah dia kisah duka yang tiada noktah bahagia.
Saat dia bahagia dengan Qayyum, kebenaran muncul. Tentang Dila, Ryan dan juga Sarah. Bagaimana dia mahu melangkah sekarang? Adakah perlu dia sekali lagi bersaing dengan masa lalu? Pedih! Ia sangat memedihkan.
Cinta memerlukan pengorbanan, tapi bukan mengorbankan!

Reviews

Girl, marry me
by Wan Nur Azizah binti Jafri on July 14, 2024

Sedih, geram, suka, gelihati, penuh dengan segala emosi, air mata saya turut mengalir..terima kasih penulis

Girl,Marry Me
by on August 22, 2024

Kisah antara Syifaa dan Qayyum dikota Paris menjadi satu titik mulanya kisah mereka sehinggalah berlanjutan dibumi Malaysia dan membongkar kisah hidup syifa yang sadis..bila baca bab mak ayah Syifaa tu,emosi turun naik ada geram,benci sedih dan marah pun ada juga..Overall,buku yang menarik tanpa konflik yang berat dan orang ketiga.

Write your review

Recommended