TERBAIK BUATKU by Damya Hanna

TERBAIK BUATKU by Damya Hanna from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Damya Hanna
Category: General Novel , Romance
ISBN: 9789671901755
File Size: 67.36 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

SETIAP insan pasti mengimpikan perkahwinan yang bahagia. Begitu juga NUR FATIN NAZURAH. Namun dia tidak menyangka akan berhadapan tragedi kematian suaminya sejurus usai majlis pernikahan mereka. Kematian Fauzan telah memberi impak yang besar membuatkan Nazurah terpaksa melalui kehidupan yang penuh kepedihan. Enam tahun dia menderita dan sukar menerima kenyataan. Pelbagai lamaran yang datang kepadanya selepas kejadian itu ditolak atas alasan dia trauma untuk menyerahkan hatinya kepada sesiapa lagi.

 

Tanpa langsung dia menduga, kehadiran ZAIN AMSYAR dalam hidupnya kembali membuka ruang kepadanya untuk mengecapi nikmat bahagia. Biarpun memiliki peribadi yang serius dan penuh misteri, Amsyar berjaya menjadi penawar dalam mengubati derita yang dirasai Nazurah selepas mereka dijodohkan atas pilihan keluarga. Waktu yang berputar menjadi saksi jiwa mereka mula berkongsi perasaan. Lantaran itu, masing-masing mengungkapkan kata-kata cinta.

 

Namun, sikap dan kelakuan Amsyar lama-kelamaan menimbulkan perasaan curiga apabila Nazurah dapat mengesan seolah-olah terdapat rahsia yang disembunyikan lelaki itu daripadanya. Apatah lagi apabila munculnya seorang gadis bernama Adlina di antara mereka. Nazurah semakin panasaran. Lebih mengejutkan Adlina rupa-rupanya mempunyai perkaitan dalam peristiwa hitam yang telah meragut nyawa Fauzan.

 

Nazurah terluka untuk menelan hakikat kebenaran yang terbentang di hadapan matanya. Keikhlasan Amsyar menikahinya mula dipersoalkan. Mampukah Nazurah menerima realiti yang ditakdirkan buatnya setelah pintu hatinya terbuka luas untuk Amsyar?

Reviews

Okaylah..
by shahida mohamed on February 14, 2024

cuma bengang dengan watak amsyar je..

Terbaik Buatku
by on September 06, 2024

Kisah diantara Nur Fatin Nazurah dan Zain Amsyar yang bertemakan hubungan kekeluargaan,kesihatan mental(adlina) dan wanita yang kuat dalam menjalani takdir hidupnya(Nazurah dan Malika).Ada satu bab tu,rasa geram dan berangin sikit dengan sikap amsyar,rasa nak hempuk je kepala dia biar waras sikit.Overall,karya cik puan penulis memang terbaik.

Write your review

Recommended