Tetap Dia Dihati by Wan Nur Najihah
(price excluding 0% GST)
Title:
Tetap Dia Dihati
Author:
Wan Nur Najihah
Category:
Romance
ISBN:
978-967-406-286-6
Publisher:
KarnaDya Publishing Sdn Bhd
File Size:
7.32 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
“Kalau aku tahu ni yang terjadi, kau ingat aku akan mulakan dulu? Kau tahu tak selama ni apa yang aku rasa bila ingat balik perbuatan aku? Aku rasa baik aku mati.”
FALIQ NAZRAN- Dirinya tidak sempurna. Didikan agama yang diberi terbang saat diri berada di perantauan. Hidupnya bahagia dengan setiap dosa yang dicipta. Tapi kerana satu kejadian, kesedaran yang muncul sekelip mata mendatangkan rasa insaf.
ZAFRAN- Kahwin? Perkataan itu lenyap sebaik dia memikul tanggungjawab menjaga si ibu yang lumpuh dan cacat. Tapi bila seru berkahwin itu muncul, demi kehendak si ibu dia redha.
“Bila awak dah jadi milik saya, saya tak akan sia-siakan awak. Saya sedar tanggungjawab saya bila saya ada isteri nanti. Walaupun kita tak pernah bercinta, saya akan cuba untuk sayang awak.”
AYUNI- Zafran adalah pilihan yang tepat. Walaupun berkahwin tanpa cinta dia bahagia dengan lelaki itu. Saat menyulam cinta, ujian terbesar datang melanda sehingga memutuskan hubungan mereka. Ayuni nanar saat sedar ada sesuatu yang berharga ditinggalkan Zafran untuknya.
Nazran muncul kerana amanah. Tapi disebabkan masa lalunya yang dipenuhi dosa membuatkan dia berubah menjadi pendiam dan dingin sehingga mendatangkan ketidakselesaan pada Ayuni.
“Beli kat mana air tu?”
“Tak ada soalan cerdik sikit yang kau nak tanya?”
Kerana jodoh mereka bersatu. Tekad Nazran segala kisah lamanya akan menjadi rahsia sampai mati. Tapi kemunculan Aniza dengan seorang kanak-kanak lelaki telah membuka satu cerita lama. Bila kebenaran terungkap ada hati yang terluka dan ada insan yang dalam derita.
“Sebab saya nak mati dengan status seorang isteri.”- Aniza
Kebahagiaan itu hilang sekelip mata. Kerana dosa lalu, tanggungjawab Nazran bertambah. Demi menuntut sebuah kemaafan ada hati yang perlu disakiti. Dan bila satu keputusan diambil, ada hati yang merana. Akan berbaloikah sebuah pergorbanan demi satu kemaafan?
“Tiada manusia yang tak pernah buat dosa, tapi seburuk-buruk orang yang berdosa apabila mereka ingin bertaubat.”
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.