Bawa Anak Ke Syurga Dengan Al-Quran by Nazifatunnisa Salim

Bawa Anak Ke Syurga Dengan Al-Quran by Nazifatunnisa Salim from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: Islam , Parenting
ISBN: 9786297564401
File Size: 10.67 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Setiap yang bergelar ibu bapa pasti memasang impian untuk membawa seluruh keluarga khususnya anak-anaknya menuju syurga. Ketika berasa indahnya nikmat dapat berkumpul bersama seisi keluarga di dunia, pastinya lebih indah jika dapat berkumpul semula di syurga buat selama-lamanya.

Namun begitu, tanggungjawab mendidik anak pada zaman ini bukanlah tanggungjawab yang mudah. Anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan perkembangan teknologi dan sosial di sekitarnya. Ibu bapa perlu lebih peka memantau perkembangan semasa anak-anak dan sekeliling mereka agar anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang merosakkan peribadi dan akhlak mereka.

Apa yang lebih merisaukan, pengaruh-pengaruh negatif ini sedikit demi sedikit menghakis pegangan akidah Islam dalam diri anak kita secara halus. Semakin hari, mereka semakin hanyut dibuai hiburan melampau dan pengaruh negatif yang menyebabkan mereka semakin jauh dengan akhlak-akhlak Islam yang terkandung dalam al-Quran.

 

Bawa Anak Ke Syurga Dengan Al-Quran adalah naskhah yang sesuai dijadikan panduan buat ibu bapa yang berhasrat mendidik anak-anaknya dengan nilai-nilai Islam yang bersumberkan panduan wahyu al-Quran. Adunan beberapa contoh cabaran mendidik anak masa kini dan prinsip al-Quran yang dijahit kemas dalam penulisan buku ini menjadikan buku ini naskhah wajib yang perlu dimiliki oleh setiap ibu bapa di luar sana.

Reviews

Write your review

Recommended