MENCARI HILANG by Hanni Ramsul

MENCARI HILANG by Hanni Ramsul from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Hanni Ramsul
Category: General Novel , Romance , Wedding
ISBN: 978-967-2474-79-1
Publisher: RMA STUDIO
File Size: 12.85 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Takdir meletakkan dia di tangan lelaki yang salah. Dia mengalah dengan hidup. Dia tewas. Putus asa dan menyerah. Kuatkah dia untuk bangkit berjuang? Gagahkah dia mencari bahagia yang seakan mitos padanya? Farisha tidak berani lagi meletak harapan kepada sesiapa pun. Dia tidak percaya kepada sesiapa lagi. Baginya kesunyian dunia ciptaannya sudah cukup membuat dia bahagia.

Haziq lelaki yang bertanggungjawab membuat hidupnya gelap. Memisahkan dia dengan ibu tersayang juga meletakkan dia sebagai pesalah untuk dosa yang bukan dia pelakunya. Haziq menyesal. Mampukah Haziq mendapatkan kemaafannya?

Rayyan pula, pencinta hebat yang kononnya cintakan Farisha sepenuh hati. Namun, dengan sedikit ujian, Rayyan sudah melenting hebat. Rayyan menambah sakit di jiwa Farisha. Setelah menyesal, mungkinkah dia yang berjaya memberi sinar bahagia di dalam hidup Farisha?

Atau, mungkin Zaheem, lelaki yang sentiasa ada untuk membantu Farisha ketika wanita itu  melalui jalan yang sukar di dalam hidup? Zaheem lelaki baik yang sangat prihatin. Tetapi, Zaheem adalah suami orang. Barangkali tidak salah untuk dia menumpang bahagia Zaheem? Mampukah Zaheem menjadi penawar jiwa Farisah yang tenat.

Andai bukan mereka, mungkinkah Irman boleh kembalikan ‘hidup’ pada Farisha? Irman seorang pencinta di dalam diam. Sentiasa mencintai Farisha dan menjadi pelindung Farisha tanpa wanita itu sedar. Dia tahu Farisha sedang menderita dan dia tidak akan tega melihat wanitanya terus menderita. Berjayakah dia menjadi hero, selamatkan hati seorang Farisha?

“Saya bukan yang terbaik. Tapi, saya tak sanggup nak lepaskan awak cari yang lebih baik dari saya.” - Farisha

Takdir meletakkan dia di tangan lelaki yang salah sehingga dia hampir hilang diri sendiri. Dia mengalah dengan hidup. Dia kalah.

“Mungkin ini permainan takdir untuk saya. Bila awak ada seseorang, saya sendiri. Bila awak sendiri, saya pula yang sudah ada orang lain. Kadang-kadang takdir ni, kejam.” – Zaheem

Benarkah takdir yang kejam atau dia yang tidak sedar akan keindahan aturan takdir?

“Saya terlewat sembilan tahun yang lalu. Hari ini pun saya tetap terlambat. Tetapi, saya tak boleh menipu perasaan saya sendiri. Saya cintakan awak.” - Irman

Itulah yang dia rasa selama bertahun. Perasaan yang sedikit pun tidak berubah. Bahagianya cuma melihat gadis kesayangan bahagia. Tetapi, adakah gadisnya benar-benar bahagia?

“Abang minta maaf…” - Haziq

Ungkapan itulah yang sentiasa meniti di bibirnya. Penuh penyesalan. Namun, bermaknakah penyesalan kalau tidak sepenuh hati?

 

Reviews

Write your review

Recommended