“Nama kau Kudin ya?”
“Apasal kau gelak?”
“Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!”
Si Edrina ini memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pula itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!
Lelaki bernama Kudin itu pula berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!
Kata orang ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu juga. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.
Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?
Reviews
Nice storyline.
by Suhaila Hanum on June 19, 2018
Must read!
Best
by Norhaniza Binti Muhamad Hanip on October 03, 2019
Cerita ni x macam cerita lain asal hero je perfect.. hero dia memang macam manusia.. Besttt
Sikolot Suamiku
by Juyana Kastop on March 08, 2021
Best..
Si Kolot Suamiku
by Nur Harsyikin Badri on May 30, 2021
semua novel dia memang best
SI kolot suamiku
by on August 19, 2021
kenapa tidak boleh download ebook ini.
Si Kolot Suamiku
by Siti Nur Sakinah Binti Mohd Fauzi on October 28, 2021
Sebelum2 ni tengok drama je. Banyak kali dah ulang versi drama sebab seronok. Teringin nak baca novelnya. Alhamdulillah akhirnya dpt jugak. Versi novel punya perghh lagi geram dengan watak Lisa tu. X habis2 dengan abang Kudin. Dah dpt pakwe kaya pon sibuk nak jadi pengacau rumah tangga org. Apa2 pon mmg best la x rugi beli. Plus mmg dah lama nak pon.
Alynaz(Si Kolot Suamiku)
by on March 18, 2022
Best
Novel SI KOLOT SUAMIKU..TERBAIK
by Nurcahaya Abadi on April 20, 2022
Novel hasil karya FR aka AZ yang saya baca masa tu belum lagi kenal penulis ini. Kemudian menyusul pulak novel2 beliau yg lain termssuk yg ebook…tidak pernah mengecewakan…
si kolot suamiku
by Nur sahfika Binti Azaman on January 22, 2024
Kudin suami idaman... mula2 baca MCM annoying lama2 jalan cerita makin best....
Si Kolot Suami Ku
by on February 17, 2024
Bestt sgt ! Cerita nya romantik dan tak rumit untuk faham.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.