Pinjam Sayap by Penulis Sepi
(price excluding 0% GST)
Title:
Pinjam Sayap
Author:
Penulis Sepi
Category:
Teen Novel
, Islam
ISBN:
9789671341261
File Size:
1.53 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
Cerita roha...Cerita maslinda...Cerita mereka...
Itulah kali terakhir mereka berpegangan tangan.
Itulah juga kali terakhir dia menatap wajah kasih suaminya.
Selepas itu, mereka tidak bertemu lagi sehingga ke hari ini. Suaminya hilang dalam operasi. Entah hidup entahkan tidak, tiadalah dapat dikenal pasti
“Ibu ! Ibu ! Kenapa ibu nak tinggalkan Fahmi? Apa salah Fahmi? Fahmi nak ikut ibu.”
“Kau jangan jual mahal sangat Roha, nanti orang tak mampu nak beli.” Aku terdengar amaran Encik Rosman namun aku pura-pura tidak mendengarnya. Aku tahu, Encik Rosman menyindirku. Bukan harga nasi lemakku yang dipertikaikannya tapi harga diriku. Selesai berurus niaga dengannya, segera aku bingkas bangun. Kuangkat bakul nasi lemakku dan mulai membuka langkah.
“Alah, orang tu baru belanja seposen dua, kamu dah jatuh hati, jatuh cinta,”
Ibu, maafkan Roha. Bukan Roha hendak membelakangkan ibu dan bukan juga Roha mahu mengikut kata hati tetapi Roha sangat-sangat ingin keluar dengan Abang Mahadi. Roha percaya Abang Mahadi baik. Roha percaya Abang Mahadi akan jaga Roha. Abang Mahadi akan melindungi Roha. Roha selamat bersama-sama Abang Mahadi.
Pelbagai kejadian buruk berlaku sejak akhir-akhir ini. Anak-anak gadis ditangkap, diperkosa, dibakar dan dibunuh sesuka hati.
“Hari ini, ibu nak bagitahu Roha sesuatu. Ibu rasa sudah sampai masanya untuk Roha mengetahui rahsia ini,” ujar ibu melirih.
“Rahsia apa, ibu?” Aku semakin teruja untuk mengetahui rahsia yang sekian lama ibu pendamkan. Ibu hulurkan album gambar itu padaku.
Entah apakah yang bakal berlaku jika sekiranya ibu tahu perkara aib yang telah menimpa anaknya ini
“Mak, ayah, saya ingin buat satu pengumuman,” kata Wan Syamril.
“Mak ayah, saya hendak ceraikan Roha dengan talak satu.”
Kak Roha hanya bersetuju menyerahkan diari catatan hidupnya kepadaku untuk kujadikan sebuah novel kreatif setelah kupujuknya berhari-hari. Akhirnya, Kak Roha menyerah kalah. Bukan aku berniat mahu membuka aibnya tetapi aku ingin kisahnya dijadikan teladan kepada anak-anak gadis dewasa ini yang kian terleka dilambung ombak kehidupan duniawi sehingga terlupa bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sebagai landasan untuk menuju ke akhirat sana.
Selamatkan Roha disamping Mahadi?...
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.