Pengurusan Projek dan Kelestarian: Titik Pertemuan by Omar Osman
(price excluding 0% GST)
(price excluding 0% GST)
Synopsis
"Pengurusan projek dan kelestarian adalah dua konsep dan aplikasi yang luas, penting dan relevan
dalam kehidupan masa kini dan masa hadapan. Konsep kedua-duanya kadangkala dikatakan
terlalu abstrak dan mengelirukan, terutama pada peringkat awal permulaan kedua-dua konsep
ini diaplikasikan. Kini, kedua-dua konsep ini sudah mula difahami dan sudah pula mencapai tahap
aplikasi yang relevan dalam kehidupan kerana kesedaran kelestarian makin meningkat, walaupun
kesedaran pengurusan projek tidak terlalu ketara kerana lebih berfokus kepada pengamalnya sahaja.
Pengurusan projek dan kelestarian bermula dengan dua konsep yang berbeza.
Pengurusan projek adalah berasaskan teori sementara dan kelestarian pula pada teori berpanjangan.
Kedua-dua ini berlawanan dan apakah ini menjejaskan kepentingan kedua-duanya dalam organisasi
dan di manakah pula pertemuannya? Atau adakah sebenarnya teori pengurusan projek dengan
sendirinya adalah kelestarian kerana konsep kitaran hayat yang wujud walaupun berkonsepkan
teori sementara. Mungkin juga asas teori pengurusan projek yang perlu disesuaikan dengan
keperluan kelestarian. Beberapa senario dikemukakan untuk menghuraikan persoalan-persoalan
yang dikemukakan yang bertujuan menemukan titik pertemuan pengurusan projek dan kelestarian.
Empat senario dipilih, iaitu pendidikan untuk pembangunan lestari, pembinaan untuk kelestarian,
pengajian tinggi untuk kelestarian, dan pembangunan pelajar untuk kelestarian.
Enam titik penemuan sokongan digunakan untuk menilai senario ini melalui perspektif pengurusan
projek. Titik pertemuan utama ialah perlunya dikaji dan dihuraikan dengan lebih lanjut pengurusan
projek untuk kelestarian (project management for sustainability) yang perlu dipacu oleh titik
pertemuan sokongan, iaitu institusi, governan, sumber, bakat dan kepimpinan, luaran, dan
metodologi pelaksanaan.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.