Jawi Peranakan di Pulau Pinang by Editor: Omar Yusoff, Jamaluddin Aziz

Jawi Peranakan di Pulau Pinang by Editor: Omar Yusoff, Jamaluddin Aziz from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
ISBN: 978-967-461-086-9
File Size: 2.90 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

"Jawi Peranakan adalah sebuah masyarakat yang sudah sekian lama terbentuk di Pulau Pinang, iaitu pada sekitar tahun 1700. Terdapat juga teori yang mengandaikan pembentukan Jawi Peranakan di Pulau Pinang adalah pada sekitar tahun 1770. Di Nusantara, masyarakat ini telah terbentuk semenjak abad ke-7, khususnya pada zaman kerajaan Srivijaya. Lebih awal lagi, semenjak Kedah menjadi pelabuhan penting bagi laluan perdagangan antara India dan China, iaitu semenjak abad ke-3 lagi. Sehubungan itu, andaian boleh dibuat bahawa di sinilah tapak awal kewujudan Jawi Peranakan di Tanah Melayu. Pembentukan masyarakat ini berpunca daripada adanya perkahwinan campur antara lelaki Arab, Tamil, Punjabi, Gujerat dan Afghan dengan wanita Melayu tempatan. Jawi Peranakan telah memainkan peranan yang cukup positif dalam perkembangan sejarah tempatan selama lebih dua ratus tahun, dengan mendominasikan pelbagai bidang bukan sahaja dari segi keagamaan, kesusasteraan, perniagaan, perdagangan, perkapalan, pendidikan malahan perundangan dan politik. Buku ini sangat menarik untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat, kerana ia bukan sahaja membicarakan tentang asal usul pembentukan Jawi Peranakan, tetapi juga membicarakan tentang sumbangan Jawi Peranakan dalam pembangunan masyarakat Melayu Pulau Pinang. Tajuk-tajuk yang dibicarakan bukan sahaja menjadi petunjuk tentang variasi sumbangan Jawi Peranakan di Pulau Pinang, malah ia dapat memberikan kesedaran betapa pentingnya sumbangan tersebut dalam pembentukan masyarakat Pulau Pinang yang unik dari masyarakat lain di Malaysia hingga ke hari ini. Kesedaran ini amat penting dalam pembentukan jati diri masyarakat Melayu Pulau Pinang khasnya dan Melayu Malaysia amnya. Jati diri ini amat perlu ditanam dalam diri kita untuk menghadapi dan mengharungi arus glokalisasi dan globalisasi. Hanya melalui nilai jati diri dan semangat cintakan diri dan asal usul kita sahaja yang akan dapat menjadikan kita masyarakat yang lebih kebal dari ancaman anasir-anasir budaya kuning atau budaya luar yang bertentangan dengan pegangan agama dan adapt susila masyarakat kita. "

Reviews

Write your review

Recommended