Kisah 25 Filsuf Barat by Matluthfi
(price excluding 0% GST)
Title:
Kisah 25 Filsuf Barat
Author:
Matluthfi
Category:
Motivation
ISBN:
978-967-369-351-1
Publisher:
PTS Publications (Puteh Press)
File Size:
3.06 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
Filsuf bukan nabi. Mereka tidak menerima wahyu mahupun terpelihara daripada dosa dan salah silap. Kaedah dan sumber ilmu mereka sering dikritik kerana selalunya dihadkan kepada hanya akal fikiran, pancaindera, dan kombinasi antara kedua-duanya.
Pun begitu idea-idea masih relevan setelah ratusan dan ribuan tahun hingga ke hari ini bersebabkan satu hal- bahawa mereka telah cuba menjawab persoalan yang sama yang manusia sekarang masih fikirkan semasa mandi, dalam kenderaan, atau pada tengah malam semasa menangisi imsomnia dan kesepian hidup.
Buku ini memuatkan kisah 25 filsuf Barat beserta idea-idea utama merekayang diolah secara riang dan ringkas. Bukan semua cerita mereka serius. Filsuf juga manusia, mereka punya zaman kanak-kanak, pernah melaukan perkara bodoh, ditinggalkan kekasih, dan bangun tidur pukul 11 pagi.
Buku ini jangan diberi baca dan jangan dibacakan kepada kanak-kanak kerana ditakuti nanti terangkat hijab kewujudan pada usia yang terlalu awal. Eloklah ia diperhati oleh orang-orang yang sedang meningkat dewasa yang fikiran mereka sudah cukup bersedia untuk mengintai celahan tembok kefanaan dan dinding ilusi kehidupan.
Reviews
Kisah 25 Filsuf Barat
by qaisaraqistina on December 17, 2018
Kisah-kisah yang menarik mengenaik filsuf barat
Terbaik!
by Syarifah Zulaykha on February 11, 2019
Bagi aku buku ni walaupun pada luarannya nampak macam 'heavy-reading' tetapi sebenarnya sangat santai sebab ada unsur lawak yang diselitkan. Overall buku ni memang antara karya Mat Luthfi yang terbaik! :)
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.